Zamri-Salleh

Oleh Ku Mohd Lufti

Pelumba Terengganu Cycling, Mohd Zambri Salleh cemerlang di Eropah apabila merangkul jersi merah selaku raja bukit bagi Lumba Berbasikal Jelajah Azerbaijan.

Zambri mengungguli zon pecutan dan pendakian pertama perlumbaan peringkat pertama yang bermula dari Baku dan tamat di Sumqayit dengan jarak 153.5 kilometer.

Laluan yang berbukit bukau dan tiupan angin sedikit menyukarkan 125 pelumba yang beraksi, namun Zambri membuktikan kemampuannya apabila berjaya memimpin perlumbaan dikelompok depan.

Kelompok pendahulu ini meninggalkan peloton dengan jurang masa lebih 8 minit sebelum bergabung dalam kelompok besar ketika memasuki Bandar Sumqayit.

Zambri menamatkan peringkat pertama di tempat ke 35, manakala impian adiknya, Harrif Saleh untuk memburu podium tidak kesampaian apabila mengalami masalah teknikal dipenghujung perlumbaan sekaligus menamatkan perlumbaan di tempat ke 97.

Terengganu Cycling, TSG merupakan empat wakil dari negara Asia yang beraksi di lumba berbasikal Jelajah Azerbaijan yang berstatus 2.1.

Malah TSG turut meletakkan sasaran untuk memburu sekurang kurangnya 25 podium dalam perlumbaan yang disertai.

- Advertisement -