fa.cup.final.2016

20160513_120648Oleh Ku mohd Lufti

Debaran menjelang final Piala FA 2016 antara Johor Darul Takzim dan PKNS semakin hangat.

E. Elavarasan dan Mario Gomez terus melancarkan perang psikologi terakhir sebelum kedua dua pasukan turun beraksi di Stadium Shah Alam malam esok.

Turun dengan status underdog E Elavarasan melihat pemain pemain sudah bersedia sepenuhnya untuk menggegar gergasi Liga Super, JDT malam esok.

“Kita sedia maklum status JDT dalam saingan ini. Namun apa sahaja mampu berlaku dalam tempoh 90 minit dan pemain pemain juga telah bersedia sepenuhnya. Kali terakhir PKNS memenangi piala ketika era 70 an dan 2003 ketika di saingan Piala FAM.”

“Ini adalah tahun kedua saya bersama pasukan ini. Sudah pasti semua pihak termasuk pengurusan teruja untuk memenangi trofi ini sekaligus menjadi pasukan berstatus kelab yang pertama muncul juara Piala FA.”Kata E Elavarasan.

Malah, Elavarasan sudahpun mempunyai bayangan pemain yang akan mengisi kesebelasan utama malam esok untuk merobek gawang JDT.

PKNS melangkah ke final Piala FA buat pertama kali selepas menewaskan Perak 4-3 menerusi aggregate di peringkat separuh akhir.

Kali terakhir pasukan berstatus kelab mara ke final Piala FA adalah pada 2014 dimana Felda United muncul naib juara selepas tewas kepada Pahang.

- Advertisement -