Aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters terus menyaksikan aksi cemerlang dua bergu campuran negara yang mengesahkan slot ke peringkat suku akhir.

Mengetuai cabaran Malaysia ke peringkat suku akhir, pasangan Goh Soon Huat_Shevon Lai Jamie yang menundukkan gandingan Jepun, Takuro Hoki-Wakana Nagahara.

Turun dengan status pilihan kelima, Soon Huat dan Shevon nyata berada di kelas tersendiri apabila berjaya mengatasi taktikal Takuro dan Wakana dengan kemenangan straight set 21-13, 21-19.

“Kami tidak menjangkakan keputusan ini kerana mereka mempunyai kekuatan kemahiran individu yang baik,”kata Shevon.

Aksi suku akhir esok, Goh Soon Huat akan berdepan satu lagi pasangan negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang dipaksa bekerja keras untuk bangkit daripada kekalahan sebelum menang ke atas pasangan dari China, Lu Kai-Chen Lu dalam pertarungan tiga set.

 

 

Jelas Shevon lagi, meskipun tidak lagi berlatih bersama sama di Akademi Badminton Malaysia, namun, beliau dan Shevon masih lagi akrab dengan Peng Soon dan Liu Ying.

“Sudah tentu ketika di gelanggang mereka (Chan Peng Soon-Goh Liu Ying) adalah ‘musuh’ kami tetapi diluar gelanggang kami masih satu pasukan hanya berbeza dari aspek venue dan cara latihan,”kata Shevon lagi.

Ketika edisi 2018, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie mara sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum tewas kepada gandingan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet

Malah, Shevon  dan Soon Huat meletakkan sasaran  melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo tahun depan sebagai agenda utama, namun sedar ia bukan tugas mudah. 

Sementara itu, gandingan bergu wanita negara, Vivian Hoo Kah Mun-Yap Cheng Wen gagal melangkah ke peringkat suku akhir selepas tumpas straight set 9-21, 18-21 kepada wakil Indonesia, Yulfira Barkah-Jauza Fadhila Sugiarto

 

 

 

 

 

- Advertisement -