Oleh Ku Mohd Lufti

Hampir sebulan berkelana di bumi Australia, persiapan pasukan berstatus benua dari pantai timur, Terengganu Pro Asia Cycling (TSG) terus giat dan berada dilandasan positif.

Pengurus pasukan TSG, Danny Feng mengesahkan, kesemua pelumba tempatan dan import yang menjalani latihan pusat menunjukkan peningkatan dalam aspek kemahiran individu

“Beberapa minggu selepas tiba di sini (Melbourne), mereka menjalani latihan yang spesifik dan menyertai beberapa perlumbaan tempatan dua minggu lalu.

“Pencapaian yang baik ditonjolkan Hariff Salleh dan Anuar Manan yang menamatkan perlumbaan ditempat kedua dan ketiga pada perlumbaan selasa minggu lalu.”Kata Danny.

Pada tahun lalu, latihan pasukan TSG diadakan di Thailand atau Malaysia, namun bagi edisi 2017, dengan tanggungjawab yang besar serta misi yang perlu dicapai, latihan pusat di Australia dilihat satu keputusan yang baik untuk memastikan kesemua pelumba memberi tumpuan penuh terhadap latihan yang disediakan.

Malah, perlumbaan tempatan seperti kriterium yang diadakan setiap minggu mengukuhkan lagi modul latihan yang dikendalikan Jeremy Hunt kepada pelumba pelumba.

Terengganu Pro Asia Cycling akan turun dalam misi meraih podium di jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi 2017 yang akan bermula penghujung Februari depan.

Malah, dua pelumba TSG, Hariff Salleh dan Anuar Manan turut diberi tanggungjawab untuk mempersiapkan diri bagi mempertahankan pingat emas dalam acara lebuh raya di Sukan SEA ke 29 Ogos nanti.

- Advertisement -