20160402_155619

20160402_150904

Oleh Ku Mohd Lufti

Kelab Ragbi Shah Alam memasang impian melahirkan lebih ramai pemain pemain ragbi untuk diketengahkan di masa depan.

Langkah awal adalah menerusi penganjuran Kejohanan Liga Ragbi Shah Alam edisi pertama.

Presiden SARC, Ahmad Nizam Ahmad menjelaskan, kelab ini baru sahaja ditubuhkan awal tahun ini.

Malah ini adalah kejohanan pertama diperingkat daerah yang membuka peluang kepada pemain pemain tempatan yang berhasrat untuk mengembangkan bakat mereka.

“Visi kita mengadakan kejohanan ini adalah memberi peluang kepada bakat bakat baru. Kita ada banyak kejohanan di Malaysia tetapi tidak semua berpeluang bermain di kelab kelab lain. Malah tiada persatuan ragbi yang tampil untuk menganjurkan kejohanan seperti ini. Justeru ini adalah inisiatif kita untuk menganjurkan kejohanan ini,” kata Ahmad Nizam. 

SARC juga merangka pelan jangka panjang untuk bekerja sama dengan Pejabat Pendidikan Daerah untuk program pembangunan diperingkat akar umbi.

Malah, Kelab Ragbi Shah Alam berhasrat untuk membentuk pasukan bagi menyertai kejohanan diperingkat negeri, malah beraksi di liga ragbi Malaysia satu hari nanti.

Kejohanan telahpun bermula sejak 21 Februari melibatkan lapan pasukan yang dipecahkan kepada dua kumpulan.

Antara pasukan yang mengambil bahagian seperti XSSAAS, Black Wolf 19, Sevora, Red Eagle dan MSU Penguin.

Perlawanan dilangsungkan dui padang ragbi Kolej Vokasional Shah Alam menggunakan format liga bagi menentukan semi finalis untuk Piala Cup dan Plate.

Sevora dan Black Wolf akan berentap bagi memburu trofi Cup manakala Red Eagle dan XSSAAS JR pula akan beraksi bagi menentukan pemenang trofi Plate.

Aksi final akan berlangsung pada 3 April di padang ragbi Politeknik Shah Alam.

Kejohanan ini turut mendapat tajaan daripada pembekal minuman isotonic, 100PLUS serta pengeluar barangan sukan Ragbi, STRIKE.

Pengurus acara yang juga wakil bagi 100 PLUS, Muhd Fauzi Ahmad menjelaskan syarikatnya akan memberi sokongan dalam membangunkan sukan khususnya diperingkat akar umbi.

Selaras dengan slogan ‘ Out Do Your Self’, Fauzi mahu bukan sahaja penganjur, malah peserta yang terlbiat membutikan mereka mampu mencapai lebih daripada apa yang diimpikan dalam apa jua kejohanan yang disertai.

- Advertisement -