Gunalan

Oleh Ku Mohd Lufti

Susulan aksi hambar Selangor yang dianggap semakin serius, Pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengambil langkah drastik menamatkan kontrak Zainal Abidin Hassan selaku ketua jurulatih The Red Giants berkuat kuasa serta merta.

Menerusi kenyataan media, pengurus Selangor, Amiruddin Shaari mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas prestasi pasukan itu dan Menteri Besar Selangor yang juga Presiden FAS mengarahkan penamatan kontrak Zainal.

Tugas Zainal akan diambil alih oleh penolong ketua jurulatih, K Gunalan buat sementara waktu sebelum calon pengganti dikenal pasti untuk mengendalikan Selangor bagi mengharungi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Malah, rombakan penuh ke atas pengurusan FAS akan dilakukan pada Isnin 8 Ogos.

Selangor tewas 3 kali berturut turut daripada 4 perlawanan dalam Liga Super, bermula dengan Felda United (26 Julai) diikuti kepada T Team (3 Ogos) dan terkini menjadi mangsa kepada Kedah semalam.

Keputusan itu sekaligus memberi peluang kepada Lang Merah untuk mengurangkan defisit kepada 1 mata selepas 17 perlawanan tatkal peluang untuk memburu kejuaraan liga sudah tertutup.

Manakala dalam saingan Piala Malaysia, Selangor menghuni tangga ke 2 dengan 4 mata berjaya diraih, ketinggalan 3 mata dibelakang pendahulu kumpulan B, Kelantan.

- Advertisement -