Skuad hoki dalam dewan lelaki dan perempuan negara memastikan Thailand pulang hampa  di Sukan SEA ke 30 dalam saingan Hoki dalam dewan selepas menyapu dua pingat emas di LB Centre Mall & Convention Centre di South Luzon.

Pasukan wanita memastikan emas kedua terakhir untuk Malaysia selepas menewaskan Thailand di pentas final 2-0 menerusi shoot out selepas kedua dua pasukan terikat satu sama

Tikhamphon Sakulphiyak meletakkan Thailand yang juga juara bertahan didepan 15 namun Malaysia bangkit menerusi gol oleh Qasidah Najwa Muhamad Halimi di minit 32.

Tiada tambahan jaringan sehingga tamat masa sebenar sekaligus pemenang ditentukan menerusi shoot out.

Penjaga gawang negara, Farah Yahya menafikan Tikhamporn Sakulpithak dan Anongnat Piresram sementara Norfaezah Saeuti dan Nuraini Rashid cemerlang menggegar gawang Thailand sekaligus melunaskan dendam susulan kekalahan di Kuala Lumpur 2017.

Mengikuti jejak skuad wanita ada pasukan lelaki yang melakar kemenangan 3-1 juga ke atas Thailand.

Shello Silverius muncul wira Malaysia apabila meledak dua gol di minit kelapan dan 12, namun Thailand merapatkan jurang gol menerusi Thanop Kampanthong di minit 13.

Najmi Jazlan menutup sisa perjuangan Thailand apabila meledak gol ketiga Malaysia di minit 36 untuk memastikan emas terakhir menjadi milik Malaysia.

- Advertisement -