
Sekolah Sukan Negeri (SSN) Perak memasang impian untuk memperbaiki kedudukan liga KPM B14 musim ini selepas keputusan yang kurang memberansangkan pada musim lalu.
Musim 2025, SSN Perak menghuni tangga ke 10 dalam saingan Kumpulan A dengan 8 mata diraih dalam 11 perlawanan.
Dibawah kendalian Mohd Afiq Amsyar Ahmad Salamat, persiapan giat dijalankan untuk memastikan sasaran ini menjadi kenyataan.
āSasaran untuk pasukan B14 adalah memperbaiki kedudukan tahun lepas kerana kita menduduki tangga kesepuluh. Jadi tahun ini saya sasarkan untuk dikedudukan yang lebih baik dan mara ke suku akhir (Piala Liga KPM),ā kata Afiq Amsyar.
Beliau ditemui selepas perlawanan Sepak Mula kejohanan bolasepak Liga Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun 2026 dengan rakan strategik 100PLUS yang berlangsung di SMK Guung Rapat, Ipoh, Perak yang menyaksikan SSN Perak melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas SSN Terengganu pada Sabtu.
Gol terhasil menerusi tandukan pemain pertahanan Nittish a/l Jaiselan di minit 13 susulann sepakan penjuru oleh Syafiq Zidane Zaidi.
āIni adalah satu motivasi kepada pasukan Perak. Pemain pemain dapat mengikut apa yang kita rancangkan dan sedikit sebanyak ini dapat memberikan motivasi kepada mereka untuk perlawanan yang seterusnya,ākatanya lagi.
Di kem pelawat, pujian tetap diberikan Wan Muhd Faris Wan Muhd Zukri kepada anak didiknya meskipun tewas.
āPerbezaan di separuh masa pertama dan kedua, ketika waktu rehat kami cuba kembalikan keyakinan pemain kerana corak permainan sudah ada cuma dari segi keyakinan kerana mereka agak ketakutan untuk bermain di babak pertama.
āKita ada banyak peluang di babak kedua tetapi tidak berjaya untuk menjaringkan gol,ā kata Wan Muhd Faris.
Untuk rekod SSN Terengganu menghuni tangga kelima Kumpulan B pada 2025 dan Wan Muhd Faris turut meletakkan sasaran untuk layak ke pusingan suku akhir Piala Liga KPM untuk musim ini.
Majlis Sepak Mula Liga Bola Sepak KPM – Liga Piala Menteri Pendidikan 2026 disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Datoā Ts Dr Haji Aminuddin Hassim dan Pengarah, Libat Urus Kerajaan dan Industri Fraser & Neave Holdings Bhd, Norazrin Norsyam Yee
Datoā Aminuddin berharap menerusi penganjuran kejohanan liga bolasepak ini menjadi platform untuk melihat permata baharu sukan bolasepak dibentuk.
āKita juga berharap pengurusan dan mereka yang terlibat dalam pembangunan disetiap negeri untuk melihat apakah yang perlu dilakukan untuk membangunkan bakat bakat ini.
āSatu hari nanti kita akan lahirkan juara juara yang datang daripada saluran (kejohanan) ini dann berharap mereka akan membawa nama Malaysia gah di arus perdana sukan bolasepak nanti,ā kata Datoā Aminuddin
Bagi rakan penaja, 100PLUS, kerjasama dengan KPM diharap mampu untuk memberi suntikan semangat dalam melahirkan permata baharu bolasepak Malaysia.
āKami sentiasa menitikberatkan pembangunan akar umbi terutamanya dari peringkat
sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Jadi untuk program ini kami bekerjasama dengan pihak KPM untuk mengilap kembali bakat bakat yang ada
terutamanya daripada pelajar pelajar sekolah sukan di Malaysia.
āHarapan kami agar bakat bakat ini terus berkembang dari segi akademi dan juga dari segi sukan,ākata Norazrin.





























