Sukma XVII Perlis 2014 LogoMeski pun telah empat kali muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia, kontinjen Terengganu belum pernah mengecapi kilauan emas dari acara Karate-do.

Jesteru, SUKMA ke 17 di Perlis ini, gergasi pantai timur itu berharap ada pingat emas yang akan dijelmakan 13 atlet mereka yang akan memulakan saingan esok.

Skuad karate Terengganu yang dibimbing bekas karate-ka terbaik Malaysia yang juga pemenang pingat emasSukan Asia 2010, R.Puvaneswaran, percaya dengan persiapan rapi yang telah dilakukan mereka sejak sekian lama akan membutirkan pingat emas.

Terengganu mensasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas dari acara karate yang menawarkan 16 pingat emas keseluruhan.

Gelanggang karate-do di Kolej Matrikulasi Perlis menawarkan 7 pingat emas esok menerusi acara Kata Individu lelaki dan wanita serta 5 acara akhir bagi acara Kumite.

- Advertisement -