amirul.qe

Tengku Amirul Haffiruddin will be hoping to continue his run of success at Dataran Tanjung Emas in Muar, Johor that will stage the third round of the 2015 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship this 1 and 2 May.

The Motul Yamaha YY Pang rider won the first two CP115 races at Temerloh and Batu Kawan unchallenged and will now be out to stretch that run to three this Saturday.

However, the Terengganu born rider admits he faces a massive task ahead with reigning CP115 Champion and teammate, Mohd Izzat Zaidi Salehan, Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha CKJ) and Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) hot on his heels on the overall standings.

Currently Tengku Amirul leads the standings with 50 points, 21 points ahead of with Izzat and Ahmad Syukran trailing behind by 21 points and 24 points adrift respectively.

“It’s quite a high-target but it would be amazing if I can score another win and make it three in a row at Muar,” said Tengku Amirul.

“However it won’t be easy now that the race is will be held at a different venue. With no data, all the teams are on a level-playing field so whoever finds the best setup quickest stands a better chance to win. Hence the practice sessions will be very crucial this weekend and I’m hoping to avoid from crashing,” he added.

“In addition it will be very hard to finish as strongly like I did in the first two rounds with Izzat and Ahmad Syukran quickly rapidly closing the gap. Nevertheless I am confident we can put up a good fight because at the moment we have an advantage, a competitive bike.  We started strong and consistent but there are many races to go through so its important we do not take anything for granted,” he added.

 

TENGKU AMIRUL BURU HATRIK DI MUAR

Tengku Amirul Haffiruddin mahu mengejar kemenangan hatrik dalam saingan CP115 apabila turun beraksi pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor pada 1 dan 2 Mei ini.

Pelumba Motul Yamaha YY Pang itu telahpun meraih dua kemenangan berturut-turut pada Pusingan 1 di Temerloh, Pahang diikuti Pusingan 2 di Batu Kawan, Pulau Pinang dan kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 50 mata mengatasi rakan sepasukan, Mohd Izzat Zaidi Salehan (29 mata) dan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha CKJ) ketiga dengan 26 mata.

Meskipun begitu, pelumba kelahiran Terengganu itu akui ia bukan tugas mudah terutama  dengan cabaran sengit rakan sepasukan, Mohd Izzat, Ahmad Syukran dan juga Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) yang muncul naib juara di Temerloh

“Saya sedar ia bukan mudah untuk dicapai, namun pasti menjadi satu pencapaian menakjubkan seandainya saya dapat memenangi gelaran ketiga berturut-turut jika menang di Muar minggu ini,” jelas Tengku Amirul.

“Cuma ia bukan tugas mudah memandangkan perlumbaan kali ini berlangsung di litar yang baru dan berbeza. Semua pasukan mempunyai kelebihan di mana pasukan yang menemui pelarasan terbaik dengan cepat mempunyai lebih peluanng untuk menang. Kami perlu menggunakan sesi latihan pertama dengan sebaiknya untuk mendapatkan data yang diperlukan dan paling penting, saya perlu mengelak dari terlibat dengan sebarang insiden kemalangan ataupun terjatuh,” tambah Tengku Amirul.

“Malah, saya jangka cabaran kali ini lebih hebat termasuk dari rakan sepasukan, Mohd Izzat, begitu juga Ahmad Syukran dan Kasma Daniel. Aksi mereka bertambah baik namun saya yakin masih berupaya untuk mengatasi mereka terutama dengan kelebihan kelajuan jentera ketika ini. Setakat ini segalanya berjalan lancar namun saingan masih di peringkat awal musim dan masih banyak perlumbaan yang perlu dilalui. Saya tidak mahu terlalu yakin kerana kelak akan memakan diri. Saya akan berusaha tampil memberikan yang terbaik pada minggu ini.”

- Advertisement -