Saingan badminton Terbuka India 2022 hari ini terus menghadirkan khabar gembira, kali ini giliran pemain muda sedang meningkat naik, Ng Tze Yong mencuri tumpuan pada hari pembukaan perseorangan lelaki.

Tze Yong mara ke pusingan kedua selepas menundukkan pilihan ketujuh dari Indonesia, Tommy Sugiarto dalam aksi tiga set.

Pertemuan sulung Tze Yong ke atas pemain yang memiliki pengalaman cukup luas nyata menjadi tumpuan apabila menutup set pertama dengan kemenangan 21-16.

Namun Sugiarto yang munghuni ranking ke 28 dunia bangkit denagn aksi yang lebih kemas untuk menang 21-14. Namun kudrat tenaga yang dimiliki Tze Yong nyata lebih jauh apabila pemain berusia 21 tahun ini memastikan set penentuan menjadi miliknya dengan kemenangan mudah 21-5.

Tze Yong akan menentang pemain Perancis, Lucas Claerbout esok. Terdahulu, Soong Joo Ven layak ke pusingan kedua pada Isnin selepas menang ke atas Chirag Sen.

Turut mara, gandingan baharu, Chan Peng Soon – Valeree Siow yang tidak berdepan masalah untuk mengesahkan slot ke pusingan kedua selepas menang ke atas gandingan tuan rumah, Raju Mohamed Rehan – Jamaludeen Anees Kowsar21-4,21-9.

Peng Soon dan Valeree dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan satu lagi pasangan tuan rumah, Kashish Sharma – Saruni Sharma di pusingan kedua esok.

- Advertisement -