Pasukan Terminators terus mendominasi saingan Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas menundukkan Transformers 8-3 untuk kemenangan kedua berturut turut.

Sedikit berbeza berbanding hari pertama dimana kapten pasukan, Lee Zii Jia turun dalam dua perlawanan.

Beliau memulakan aksi, bergandingan dengan Lai Pei Jing dalam acara bergu campuran menentang gandingan muda, Yap Roy King-Peck Yen Wei.

Zii Jia dan Pei Jing nyata tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan straight set 15-10, 15-9 untuk mata pertama Terminators.

“Kami memang sudah biasa berlatih bersama sama ketika sesi latihan. Saya pun sudah biasa dengan dia (Lee Zii Jia) dan kami tiada masalah komunikasi ketika di dalam gelanggang.

“Segalanya bergantung kepada macam mana kita pimpin rakan sepasukan. Kita akan belajar bagaimana untuk mencari mata dan melakar kemenangan walaupun dengan rakan bergu yang berbeza,”kata Pei Jing.

Leong Jun Hao menyamakan kedudukan untuk Transformers selepas menundukkan Wyman Goh straight set 15-11, 15-4 namun gandingan Chow Mei Kuan-Pearly Tan kembali meletakkan Terminators didepan 2-1 selepas menundukkan pasangan Vivian Hoo-Yap Ling 15-13, 15-7 dalam acara bergu campuran.

Transformers sekali lagi menyamakan kedudukan, kali ini menerusi bergu lelaki oleh Chang Yee Jun-Nur Izzuddin yang menang ke atas Goh Sze Fei-Low Hang Yee 14-15, 15-12, 11-9.

Perseorangan wanita, Lee Ying Ying memastikan mata ketiga untuk Terminators selepas menang ke atas K Letshaana 15-8, 15-13 sebelum bergu campuran, Muhd Haikal Nazri-Low Yeen Yuan melebarkan kedudukan 4-2 selepas menang ke atas Wan Muhd Arif Wan Junaidi-Cheng Su Hui straight set 15-8, 15-9.

S Kisona cuba merapatkan jurang mata kepada 3-4 untuk Transformers selepas mengatasi Siti Nurshuhaini Azman 15-9, 15-8.

Namun Terminators menutup sisa perjuangan Transformers yang dipimpin Tan Kian Meng apabila membolot baki empat mata terakhir.

Lee Shun Yang menyumbang mata kelima selepas menewaskan Juston Hoh (15-13, 13-15, 11-5) dalam aksi perseorangan lelaki disusuli trio wanita, Chow Mei Kuan, Lai Pei Jing, Pearly Tan yang menang ke atas Peck Yen Wei,Vivian Hoo,Yap Ling  straight set 15-14, 15-7.

Zii Jia sekali lagi cemerlang menyumbang mata kali ini dalam saingan perseorangan lelaki selepas menang ke atas Aidil Sholeh 15-4, 15-6.

Trio lelaki, Chen Tan Jie, Goh Sze Fei dan Low Han Yee menutup saingan hari kedua selepas menang ke atas Chang Yee Jun, Leong Jun Hao, Nur Izzuddin 15-9, ,12-15, 11-5.

“Kami akan berikan yang terbaik esok kerana masih belum menang lagi dan perlu melihat keputusan pasukan yang lain,”kata Lai Pei Jing lagi.

Terminators kekal ditangga teratas dengan dua mata dan akan turun menentang pasukan Avengers yang diketuai pemain bergu lelaki, Soh Wooi Yik dalam perlawanan terakhir esok.

Dalam pada itu, Avengers gagal mencatat kemenangan kedua selepas tewas kepada Dominators 5-6.

Perseorangan wanita, Goh Jin Wei memberikan mata pertama untuk Avengers selepas menang ke atas Soniia Cheah 15-12, 15-9.

“Kami anggap perlawanan ini sebagai salah satu daripada latihan dan tidak menganggap ia terlalu serius tetapi tetap bermain dengan bersungguh sungguh.

“Pertandingan ini beri saya ruang untuk lihat sejauh mana kemajuan yang telah dicapai sepanjang sesi latihan,”kata Jin Wei.

Hoo Pang Ron-Shevon Lai menyamakan kedudukan untuk Dominators selepas bangkit daripada kekalahan sebelum menang ke atas Chia Weijie-Toh Ee Wei 10-15,15-6, 11- 7.

Giliran bergu wanita meyumbang mata sekaligus meletakkan Dominators didepan 2-1 selepas pasangan M Thinaah-Yap Cheng Wen menang ke atas Cheah Yee See-Lee Meng Yean 15-14, 15 – 7 sebelum Aaron Chia-Ng Eng Cheong turut menyumbang mata untuk Dominators selesa dengan 3-1 selepas menundukkan Cheam June Wei-Soh Wooi Yik  15-9, 13-15, 8-11.

Lim Chong Kim terus menyuntik semangat rakan sepasukan selepas menang ke atas Shaqeem Eiman 15-12, 15-9 untuk Dominators yang dipimpin Aaron Chia selesa mendahului 4-1.

Eoon Qi Xuan merapatkan jurang mata 2-4 selepas menundukkan Tan Zhing Yi straight set 15-13, 15-6 disusuli satu lagi mata untuk Avengers yang disumbang Beh Chun Meng-Valeree Siow Zi Xuan yang menang ke atas pasangan Goh Boon Zhe-Cheng Su Yin 15-12, 15-14 untuk kedudukan 3-4

Ng Tze Yong kembali melebarkan kedudukan 5-3 untuk Dominators selepas menundukkan Ter Chun Long 15-9, 15-8.

Jacky Kok Jing Hong dan trio Cheah Yee See, Lee Meng Yean dan Toh Ee Wei menambahkan kehangatan saingan di Akademi Badminton Malaysia apabila menang ke atas lawan masing masing sekaligus menyamakan kedudukan lima sama.

Aaron Chia, Lwi Sheng Hao+Ng Eng Cheong mengesahkan kemenangan Dominators 6-5 ke atas Avengers selepas menundukkan trio Goh Soon Huat, Soh Wooi Yik, Tee Kai Wun 15-5, 15-11

Dominators dan Avengers masing masing berkongsi satu mata untuk berada dikedudukan kedua dan ketiga.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN

TERMINATORS – TRANSFORMERS (8-3)

XD1 Lee Zii Jia-Lai Pei Jing vs Yap Roy King-Peck Yen Wei (15-10, 15-9) 1-0
MS1 Wyman Goh – Leong Jun Hao (11-15, 4-15) 0-1
WD Chow Mei Kuan-Pearly Tan vs Vivian Hoo-Yap Ling (15-13, 15-7) 1-0
MD Goh Sze Fei-Low Hang Yee vs Chang Yee Jun-Nur Izzuddin (15-14, 12-15, 9-11) 0-1
WS2 Lee Ying Ying – K. Letshaana (15-8, 15-13) 1-0
XD2 Muhd Haikal Nazri-Low Yeen Yuan vs Wan Muhd Arif Wan Junaidi-Cheng Su Hui (15-8, 15-9) 1-0
WS1 Siti Nurshuhaini Azman – S. Kisona (9-15, 8-15) 0-1
MS3 Lee Shun Yang – Justin Hoh Shou Wei (15-13, 13-15, 11-5) 1-0
S2 Chow Mei Kuan+Lai Pei Jing+Pearly Tan vs Peck Yen Wei+Vivian Hoo+Yap Ling (15-14, 15-7) 1-0
MS2 Lee Zii Jia – Aidil Sholeh (15-4, 15-6) 1-0
S1 Chen Tan Jie+Goh Sze Fei+Low Han Yee vs Chang Yee Jun+Leong Jun Hao+Nur Izzuddin (15-9, 12-15, 11-5) 1-0

 

AVENGERS – DOMINATORS  (5-6)

WS1 Goh Jin Wei – Soniia Cheah (15-12, 15-9) 1-0
XD1 Chia Weijie-Toh Ee Wei vs Hoo Pang Ron-Shevon Lai (15-10, 6-15, 7-11) 0-1
WD Cheah Yee See-Lee Meng Yean vs M. Thinaah-Yap Cheng Wen (14-15, 7-15) 0-1
MD Cheam June Wei-Soh Wooi Yik vs Aaron Chia-Ng Eng Cheong (15-9, 13-15, 8-11) 0-1
MS2 Shaqeem Eiman – Lim Chong King (12-15, 9-15) 0-1
WS2 Eoon Qi Xuan – Tan Zhing Yi (15-13, 15-6) 1-0
XD2 Rayner Beh Chun Meng-Valeree Siow Zi Xuan vs Goh Boon Zhe-Cheng Su Yin (15-12, 15-14) 1-0
MS1 Ter Chun Long – Ng Tze Yong (9-15, 8-15) 0-1
MS3 Jacky Kok Jing Hong – Ong Ken Yon (11-15, 15-7, 11-9) 1-0
S2 Cheah Yee See+LEE Meng Yean+Toh Ee Wei – Shevon Lai+Soniia Cheah+Teoh Mei Xing (15-12, 15-14) 1-0
S1 Goh Soon Huat+Soh Wooi Yik+Tee Kai Wun – Aaron Chia+Lwi Sheng Hao+Ng Eng Cheong (5-15, 11-15) 0-1

- Advertisement -