Penundaan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal memberi implikasi terhadap Jepun khususnya dimana aspek utama yang akan menjadi perbualan adalah sejauh mana kerugian yang bakal ditanggung oleh penganjur.

Laporan mengatakan kos bagi penganjuran Olimpik Tokyo bakal meningkat daripada US 12 bilion dan Tokyo dijangka menambah kos sekitar US 7.4 Bilion melibatkan projek berkaitan penganjuran temasya termasuk pembinaan fasiliti untuk Paralimpik, program latihan untuk sukarelawan serta perancangan bagi pengiklanan dan pelancongan.

Laporan media tempatan mendedahkan, kos baru penganjuran Olimpik di Tokyo sekitar US 28 bilion dan lebih 600 000 pengunjung dari luar negara akan mengunjungi Jepun dan ‘memenuhi’ restoran serta hotel di skitar bandar metropolis itu sekaligus memberi impak dalam sektor pelancongan.

Program yang diperkenalkan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang turut dikenali dengan Abenomik dikalangan rakyat yang menekankan polisi kewangan, dasar fiskal dan strategi pembangunan dan turut melibatkan Olimpik turut memberi impak yang positif di negara itu.

Penundaan Olimpik mungkin memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi negara itu yang dijangka menurun sekitar 0.5 hingga 0.8 peratus dan ia dibuktikan menerusi peratusan kejatuhan jumlah kehadiran pelancong sebanyak 58.4 peratus selepas Korea dan China membatalkan kunjungan ke negara itu susulan pandemik Covid 19.

Selain pertambahan kos penganjuran, Jepun juga perlu menampung kos untuk penyelenggaraan sekitar US 2.6 bilion.

Keuntungan hasil daripada penganjuran masih belum dapat dirumuskan setakat ini.

Tahun 1964 adalah detik dimana Tokyo menjadi penganjur Olimopik buat kali pertama. 

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memutuskan untuk menunda penganjuran Sukan Olimpik 2020 selepas perbincangan dengan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 susulan Covid 19 yang semakin serius.

 

 

- Advertisement -