TSGOleh Ku Mohd Lufti

Selepas aksi tidak menentu dalam beberapa tahun ini, pasukan berstatus Benua yang berpengkalan di pantai timur, Terengganu Cycling (TSG) mahu mengembalikan kegemilangan pasukan itu bagi 2016.

Selepas separuh musim bagi 2016, TSG menghuni tangga ke 5 dalam ranking pasukan pasukan dalam negar negara Asia.

Kedudukan ini boleh dianggap positif dan berada dilandasan terbaik, malah pengurus pasukan TSG Nasiruddin Wan Idrus tidak meletakkan sasaran khusus, hanya mahu melihat pasukan berstatus benua ini kembali mendominasi Asia.

“Kita mahu bawa pasukan TSG ke pentas antarabangsa dan cuba capai seberapa banyak mungkin kejayaan dalam mana mana perlumbaan yang disertai.

Tetapi, bukan mudah untuk menyusun atur pasukan di prlumbaan perlumbaan kerana kami ada 15 pelumba sahaja dan ia perlu di atur dengansebaik mungkin.”kata Nasiruddin.

TSG membariskan emoat pelumba luar negara, Daniel White House (Great Britain), Dadi Suryadi (Indonesia), Goh Choon Huat (Singapura) dan Batmunkh Maral Erdene (Mongolia) untuk musim 2016.

Manakala Anuar Manan, Harrif dan Zambri Salleh serta Mohd Adiq Hussainie Othman antara 10 pelumba tempatan yang menyarung jersi TSG.

Rekod pelumba pelumba ini juga menarik untuk diperkatakan, khususnya Daniel White, Goh CHoon Huat dan Harrif Salleh.

Daniel sudah menaiki podium sebanyak lima kali setakat ini dimana pencapaian terbaiknya menyarung jersi kuning selaku juara keseluruhan Jelajah Flores di Indonesia selain menduduki tempat kedua keseluruhan bagi kategori raja pecut dan ketiga bagi kategori raja bukit.

Malah, dalam saingan jelajah Jepun Mei lalu, Daniel turut menaiki podium menyarung jersi selaku pelumba muda terbaik di kejohanan berstatus 2.1 itu.

Tidak kurang hebat Harrif Salleh yang turut meletakkan dirinya selaku pakar pecut, yang turut meraih lima podium.

Pencapaian terbaik pelumba kelahiran Terengganu ini ketika Jelajah Thailand Piala Maha Chackri Sirindhon April lalu dimana beliau meraih kemenangan peringkat dua kali berturut turut pada perlumbaan peringkat ketiga dan keempat.

Malah, beliau turut muncul juara dalam kategori raja pecut, mengumpul 52 mata, hanya dibezakan 3 mata dengan pemenang daripada pasukan Aisan, Shiki Kuroeda.

Pencapaian terbaik TSG dalam ranking Asia adalah menduduki tangga paling atas pada 2012 dan keempat keseluruhan pada 2011.

Namun prestasi TSG mula tidak menentu selepas itu apabila gagal menduduki 10 teratas, dimana mereka menduduki temoat ketujuh (2013), ke 12 (2014) dan ke 17 pada tahun lalu.

- Advertisement -