rio

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain badminton perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi optimis kecederaan yang dialami tidak akan menjejaskan peluangnya untuk beraksi di Sukan Olimpik Rio Ogos nanti.

Ini merupakan penampilan kedua Jin Yi pada temasya sukan berprestij itu selepas kali pertama beraksi di Sukan ­Olimpik London 2012.

Beliau yang menduduki ranking ke 29 dunia  mengalami kecederaan sekaligus terpaksa menarik diri ketika beraksi di pentas final Sirkit Badminton Kebangsaan di Bukit Kiara.

“Sekarang masih ada rasa sakit ketika berlatih kerana saya belum pulih sepenuhnya dan saya yakin akan tetap beraksi di Rio. Saya percaya kecederaan ini akan pulih tidak lama lagi dan minggu hadapan saya akan menyertai Siri Super Terbuka Australia,” kata Jing Yi.

Andai kecederaan buku lali yang dialami Jing Yi masih berlarutan, Persatuan Badminton Malaysia BAM berkemungkinan menamakan juara remaja dunia, Goh Jin Wei.

Jurulatih perseorangan wanita, Wong Tat Meng mengesahkan, kecederaan yang dialami Jing Yi tidak serius dan pemain itu sudah mula menjalani latihan seperti biasa.

Katanya, Jing Yi mengalami kecederaan buku lali itu sewaktu aksi separuh akhir menentang Lee Ying Ying tetapi tetap meneruskan perlawanan itu seperti biasa.

“Sewaktu perlawanan final, dia ada rasa sakit membuatkan dia terpaksa menarik diri tetapi saya lihat ini sebagai suatu kece­deraan biasa dan bukan sesuatu yang serius,” katanya.

- Advertisement -