annuar

Oleh Ku Mohd Lufti

Tan Sri Annuar Musa meletakkan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkuat kuasa serta merta.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial Facebooknya yang memuat naik salinan surat rasmi peletakan jawatannya itu yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor.

Menerusi kenyataan Tan Sri Annuar dalam surat tersebut, beliau mengharapkan peggantinya bagi jawatan Presiden digalas oleh individu yanglebih baik.

“Saya berharap tugas ini (Presiden KAFA) dapat dipikul oleh mereka yang lebih mampu mengangkat kecemerlangan bola sepak Kelantan seperti mana yang berjaya dilakukan oleh negeri-negeri lain,” katanya.

Tan Sri Annuar memegang jawatan selaku Presiden KAFA sejak 2008, berjaya membawa kejayaan kepada The Red Warriors antaranya meraih tiga kejuaraan iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super pada 2012.

Keputusan perletakkan jawatan Tan Sri Annuar Musa masih belum diputuskan oleh exco KAFA dan akan dibincangkan dalam mesyuarat kelak.

- Advertisement -