Saat kemenangan yang turut diraikan bersama oleh para peminat dari pelbagai lapisan yang turut hadir memberi sokongan di Padang Ipoh, Ipoh.

Pasukan Ragbi Malaysia atau lebih dikenali dengan nama Bunga Raya akhirnya berjaya menamatkan kempen mempertahankan Kejuaraan Ragbi Asia Divisyen 1 dengan penuh bergaya setelah menewaskan Sri Lanka 22-09 di Padang Ipoh, Perak. Bunga Raya mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut sepanjang minggu ini bermula dengan penuh berhati-hati menewaskan UAE dalam perlawanan sulung. UAE hadir sepenuhnya dengan kudrat pemain-pemain naturalisasi berpengalaman dari Eropah ternyata masih tidak mampu untuk beraksi sepenuhnya di pentas ini setelah tewas kepada semua lawan.

Buat pasukan Philippines yang pernah merencatkan perlawanan pertama skuad Bunga Raya pada edisi lalu, kini hutang telah dibayar penuh dengan sedikit “bunga”. Namun agak berbeza buat pasukan Sri Lanka walaupun pada edisi lalu Bunga Raya berjaya menewaskan mereka tetapi kedudukan tangga dunia ke-39 berbanding Malaysia di tangga ke-55 membuatkan rentak permainan amat mencabar.

Perjalanan berliku buat skuad Bunga Raya untuk mara ke Piala Dunia Ragbi 2019.

Segala-galanya kini dalam lipatan sejarah ragbi tanah air di mana Malaysia merupakan satu-satunya pasukan yang berentap berjaya mempertahankan kejuaraan selama 2 tahun berturut-turut di pentas ini. Kejayaan turut telah melayakkan skuad Bunga Raya untuk berentap di pentas yang lebih tinggi lagi di benua Asia dalam Kejohanan Ragbi Asia Premier 2018 nanti bersama -sama dengan pasukan Hong Kong dan Korea. Selain itu apa yang penting adalah dengan kemenangan ini juga skuad Bunga Raya turut memberi peluang dengan penuh berliku untuk slot pusingan repechage untuk ke Piala Dunia Ragbi 2019 di Jepun ini.

Bersama-sama kita nantikan kemaskini kedudukan dunia semasa skuad Bunga Raya nanti yang akan dikeluarkan oleh World Rugby nanti.

TAHNIAH diucapkan dari kami di Sports247.My!

- Advertisement -