Pakaian dan barangan bagi Kuala Lumpur 2017 akan mula dijual kepada orang ramai di 35 lokasi berbeza dan kedai yang terpilih bermula pertengahan Julai.

Malah, jaminan turut diberikan kepada pembeli harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan tidak akan berlaku penipuan jika dibeli terus daripada syarikat kedai yang berdaftar.

Itu jaminan yang diberikan Pengarah Urusan Universal Fitness and Leisure Sdn Bhd, Datuk Radha Krishnan selepas syarikat itu dilantik oleh pengeluar rasmi pakaian bagi KL 2017 FBT.

Harga barangan yang akan dijual boleh dibeli diantara RM 69 hingg RM 179.

“Kami telah menetapkan harga sedemikian agar semua pihak mampu mendapatkannya dan kami berpendapat ia adalah munasabah,”kata Radha.

Semalam berlangsung majlis menandatangani perjanjian diantara Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC)KL 2017 yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Zolkples Embong dan Datuk Radha Krishnan.

UFL telah dilantik oleh Penaja Platinum , FBT, sebagai pengedar dari Malaysia bagi barangan Sukan Sea yang telah dipaten dan disediakan untuk orang ramai sebelum, semasa dan selepas kedua-dua temasya Sukan SEA  ke-29  (19-30 Ogos) dan Para ASEAN ke 9, (September 17- 23).

Tambah Radha lagi andai berlaku kes pemalsuan barangan yang dibeli, pihaknya tidak teragak agak untuk mengambil tindakan.

“Pergi ke kedai yang telah dilantik secara rasmi untuk membeli barangan yang asli dan jika anda ke Chow Kit untuk mendapatkannya, mereka akan menjual yang palsu,”katanya lagi.

Sebarang kes pemalsuan barangan, UFL memohon kepada mangsa untuk melaporkan segera kepada UFL dan dengan kerjasama FBT tindakan susulan akan dilakukan.

Keuntungang yang akan diperolehi hasil jualan barangan ini dianggarkan diantara RM 1.5 hingga RM 2 juta.

Selain kedai dan lokasi lokasi terpilih, barangan ini juga boleh dibeli menerusi sistem atas talian (online). – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -