Tidak sampai seminggu dibangkitkan, isu pampasan gaji yang perlu dibayar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada bekas pengendali skuad Projek Sukan Sea negara, Frank Bernhardt sudahpun menemui penyelesaian.

Sejak beberapa hari lalu, tersebar berita mengatakan bahawa Bernhardt yang ditamatkan kontrak pada Mac lalu masih belum menerima pampasan gaji tiga bulan sepertimana dijanjikan FAM dan bersedia mengheret perkara itu ke pengetahuan FIFA andai tiada tindakan susulan diambil.

Setiausaha Agung FAM, Dato’ Hamidin Amin dalam satu kenyataan hari ini berkata, “Isu tuntutan pampasan oleh Bernhardt telah diselesaikan menerusi satu perjumpaan khas di Wisma FAM. FAM mengambil sikap tidak mengulas mengenai isu ini sebelum ini kerana tidak mahu mengganggu rundingan dan perbincangan dengan Bernhardt.

“Keputusan yang telah kita buat turut mendapat perkenan dari Presiden FAM, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang gembira kerana isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi.” – OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -