Jaguh boling padang negara, Siti Zalina Ahmad tampak bersedia untuk beraksi di gelanggang baru di Bukit Kiara sepanjang saingan temasya Sukan SEA ke 29 berlangsung nanti.

Pemain kelahiran Perak ini hanya bergelut seketika selepas permukaan baru gelanggang siap sepenuhnya, namun ketika saingan pra Sukan SEA , beliau sudah mampu menyesuaikan diri khususnya kelajuan bola.

“Saya atlet jadi apa saja keadaan padang atau tempat, itu cabaran buat saya untuk bermain dengan prestasi terbaik” kata Siti Zalina

Pemenang pingat emas di Sukan Komanwel 2002 di Manchester dan 2006 di Melbourne, Australia dalam acara single wanita antara sandaran utama dalam kem boling padang untuk meraih emas.

Atlet berusia 38 tahun ini akan berpasangan dengan Auni Fathiah Kamis bagi acara pairs, turut diletakkan sasaran untuk meraih emas.Oleh RABIHAH AHMAD

- Advertisement -