Tuah dipenghujung permainan nyata memberikan kenangan manis buat pemain Amerika Syarikat, Cristie Kerr apabila muncul juara Sime Darby LPGA 2017 di Kelab Golf TPC kuala Lumpur, Bukit Kiara.

Selepas merampas kedudukan pendahulu pada hari ketiga, Cristie Kerr sedar beliau perlu tenang dan fokus di baki 18 lubang terakhir untuk mengesahkan kejuaraan.

“Saya terkedu. Ini adalah putting paling jauh pernah saya lakukan untuk menang. Saya bersemangat sepanjang hari tetapi tidak mengikut perancangan.

“Ada kala pukulan saya baik dan ada juga yang gagal tetapi itulah golf,”kata Cristie Kerr.

Seakan akan bermain dengan tekanan, pemain berusia 40 tahun ini melakar double bogey dilubang 7 meskipun mencatat dua birdie selepas 9 lubang pertama.

Keadaan semakin genting apabila catatan bogey berselang seli di lubang 15 dan 17, namun bangkit dengan birdie dilubang 16.

Lubang terakhir ternyata menjadi penentu Cristie Kerr dan catatan birdie dari jarak 36 kaki ternyata melenyapkan segala tekanan sepanjang hari terakhir untuk pulang selaku juara.

Selepas empat pusingan Cristie Kerr mengumpul 269 pukulan 15 dibawah par untuk membawa pulang wang tunai 270 000 Dolar US.

Kemenangan itu sekaligus mengecewakan tiga pemain yang berkongsi kedudukan kedua, Daniele Kang, Jacqui Concolino  dan juara bertahan, Shanshan Feng yang akur untuk membawa pulang wang tunai lebih 126 000 Dolar US.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

Kedudukan pemain dan wang kemenangan

Cristie Kerr 70 – 63 – 65 – 71  (269 -15)  – $270,000.00

Daniele Kang 68 – 67 – 69 – 66 (270 -14) – $127,016.00

Jacqui Concolino 68 – 68 – 67 – 67 (270 -14) – $127,016.00

Shanshan Feng 66 – 65 – 68 – 71 (270 -14) – $127,016.00

 

- Advertisement -