100PLUS taja 5 tahun bersama Bandar Sukan Kuala Lumpur

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/12/100plus-taja-5-tahun-bersama-bandar-sukan-kuala-lumpur">
Twitter
Pinterest

100PLUS, minuman isotonik No.1 di Malaysia, hari ini mengumumkan perjanjian penajaan selama lima tahun sebagai Rakan Minuman Rasmi mercu tanda ikonik, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC), di sini. Kontrak tajaan berkenaan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018 hingga 2022.

Majlis menandatangani perjanjian penuh bersejarah antara F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, yang merupakan pengeluar 100PLUS, dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), yang merupakan pengendali KLSC, berlangsung dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan YB Brig Jen Khairy Jamaluddin.

Turut hadir pada majlis yang berlangsung di Stadium Nasional hari ini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Fraser & Neave Holdings Bhd, Encik Lim Yew Hoe dan Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Azman Fahmi Osman.

Menerusi perjanjian tersebut, 100PLUS, dan juga minuman-minuman F&N yang lain boleh didapati secara eksklusif  di sekitar KLSC. Pusat-pusat minuman 100PLUS akan ditempatkan di sekitar arena utama kompleks sukan berkenaan. Usahasama itu juga akan menyaksikan pembinaan trek atau laluan berbasikal yang bertemakan 100PLUS sejauh 1,400 meter di sekitar Stadium Nasional.

“Usahasama ini menandakan satu lagi peristiwa penting dalam usaha kami sebagai penyokong utama sukan di Malaysia sejak sekian lama. Daripada program pembangunan akar umbi dan sekolah hinggalah kepada acara-acara sukan peringkat kebangsaan, 100PLUS bangga dengan pembabitan yang lama dalam bidang sukan di Malaysia. Kami juga gigih menyokong acara-acara sukan antarabangsa yang dianjurkan di Malaysia. Terbaru, menerusi penajaan kami pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para ASEAN 2017,” kata Encik Lim Yew Hoe hari ini.

“Dengan termeterainya perjanjian ini, 100PLUS kini mampu memastikan pengguna sentiasa berada dalam keadaan terhidrat ketika terbabit dalam pelbagai acara yang diadakan di KLSC. Kami juga berpengalaman dan berkemampuan menyediakan minuman untuk acara-acara sukan utama seperti perlawanan bolasepak yang mampu menarik kehadiran lebih 80,000 orang peminat. Sepanjang KL2017 lepas, kami berjaya menyediakan minuman untuk peminat di semua venue.”

Selain perjanjian dengan KLSC, 100PLUS juga menaja persatuan-persatuan sukan kebangsaan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). 100PLUS juga merupakan minuman isotonik rasmi Liga Malaysia.

Ikon sukan negara seperti Datuk Wira Lee Chong Wei dan raja pecut Khairul Hafiz Jantan merupakan antara atlet elit yang tergolong sebagai Duta Jenama 100PLUS. Atlet utama lain termasuk Tan Wee Kiong, Goh V Shem, Goh Liu Ying, Chan Peng Soon and Goh Jin Wei.

100PLUS juga komited terhadap program pembangunan remaja dan pada masa ini merupakan penyumbang kepada Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Liga Kementerian Pelajaran Malaysia (di bawah MSSM) dan Kejohanan Golf Terbuka Remaja Malaysia 100PLUS.

Please follow and like us:
0