Don't Miss

Senarai sukan dan jumlah acara yang dipertandingkan akan dimuktamadkan

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2017/12/senarai-sukan-dan-jumlah-acara-yang-dipertandingkan-akan-dimuktamadkan">
Twitter
Pinterest

Sekretariat penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 dijangka akan bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam masa terdekat untuk memuktamadkan jumlah sukan dan acara yang akan dipertandingkan.

Setakat ini, 29 sukan melibatkan 428 acara telahpun dicadangkan selepas perbincangan dengan kesemua pihak yang terlibat.

Perak akan menggunakan 37 venue bagi acara acara yang pertandingkan melibatkan kesemua 12 daerah yang terdapat di negeri itu.

Daerah Kinta menjadi hos terbanyak apabila bakal menjadi gelanggang bagi 17 jenis sukan diikuti Ipoh dengan 12 sukan.

Hampir kesemua venue pertandingan dalam proses menaik taraf termasuk satu venue baru yang sedang dibina di Chepor bagi acara menembak.

Sekretariat SUKMA menjangkakan kesemua venue siap sepenuhnya pada bulan Mac 2018.

 

 

 

 

 

Please follow and like us:
0