Selepas sebulan menjalani latihan bersama pasukan Sapura Cyling (TSC) Adiq Hussainie Othman mahu membuktikan sesuatu di jelajah Indonesia yang akan bermula Khamis ini.

Bagi pelumba kelahiran Terengganu ini, dipilih untuk berlumba bersama TSC adalah sesuatu yang dinantikan oleh Adiq.

“Tiada perasaan istimewa tetapi saya tidak sabar untuk memulakan perlumbaan pertama bersama pasukan baru.

“Persiapan sebelum menyertai Jelajah Indonesia segalanya lancar dan harapan saya agar latihan selama sebulan lalu membuahkan hasil,”kata Adiq.

Bukan sekadar melengkapkan perlumbaan, Adiq yang juga bekas pelumba Drapac Porsche (2010 – 2011) dan Champion System (2012 – 2013) turut meletakkan sasaran peribadi di perlumbaan pertamanya bersama TSC.

“Seperti di perlumbaan perlumbaan lain, sasaran saya adalah untuk meraih seberapa banyak podium yang mampu diraih,”katanya lagi.

Selain Adiq, seorang lagi pelumba tempatan yang disenarai ke jelajah Indonesia , Muhammad Zawawi Azman, Aiman Cahyadi, dan tiga pelumba import baru TSC, Dylan Page, Jesse Ewart, dan Mario Vogt.

- Advertisement -