Peng Soon/Liu Ying buru trofi kedua, mara ke final Terbuka Australia

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/05/peng-soonliu-ying-buru-trofi-kedua-mara-ke-final-terbuka-australia">
Twitter
Pinterest

 

 

Bergu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke final Terbuka Australia hari ini selepas melepasi peringkat separuh akhir.

Bergu ranking ke 46 dunia ini bagaimanapun tidak diberi laluan mudah untuk ke final ketika berdepan pilihan kelapan dari China, Wang Zekang-Li Yinhui.

Tiada masalah buat Peng Soon-Liu Ying yang diletak selaku pilihan ketujuh untuk mendominasi set pertama dengan kemenangan 21-16.

Zekang dan Yinhui tampak sudah mampu membaca corak permainan Peng Soon-Liu Ying merapatkan jurang mata meskipun ketinggalan pada satu ketika.

Keadaan semakin genting buat Peng Soon dan Liu Ying apabila kedudukan terikat 17 sama dipenghujung permainan.

Kedua dua bergu saling berkejaran mata sehingga kesilapan dilakukan Zekang dan Yinhui sekaligus membuka ruang buat Peng Soon dan Liu Ying untuk menang di set kedua dengan keputusan 25-23 selepas bertarung hampir sejam.

Bergu campuran negara yang juga pemenang pinga perak Sukan Olimpik Rio 2016 bakal berdepan tugas getir apabila perlu melepasi halangan pilihan kelima dari Korea, Seung Jae Seo-Chae Yujung yang mengejutkan pilihan kedua dari Jepun, Ayako Sakuramoto-Yukiko Takahata 21-18, 21-16.

Please follow and like us:
0