Jaringan tunggal Alif Daniel Abd Aziz di babak kedua perlawanan sudah cukup untuk Malaysia menamatkan cabaran di Kejuaraan AFF B16 selaku pemenang tempat ketiga selepas mengatasi Myanmar 1-0 petang tadi.

Kekalahan ke atas Indonesia diperingkat separuh akhir pada Khamis tampak sudah dilupakan anak didik Raja Azlan Shah Raja So’ib ketika menentang satu lagi semifinalis, Myanmar di Stadium Delta Sidoarjo.

Myanmar tampak tidak rela pulang hampa selepas gagal melangkah ke final susulan tewas kepada Thailand.

Aksi seimbang sepanjang perlawanan, namun kelebihan milik Malaysia yang bijak menghidu peluang menerusi Alif Daniel untuk memastikan tempat ketiga menjadi milik Harimau Muda.

Ini adalah kali kedua Malaysia menamatkan saingan dikedudukan ketiga selepas 2008.

Malaysia muncul juara Kejuaraan AFF B16 pada 2013 selepas menewaskan Indonesia menerusi penentuan penalti 3-2.

Kedua dua pasukan terikat satu sama selepas tamat masa penuh dan perlawanan masa tambahan.

- Advertisement -