Penampilang sulung penyerang naturalisasi, Mohamadou Sumareh bersama skuad Harimau Malaya nyata tidak disia siakan apabila membantu Malaysia melakar kemenangan selesa 4-1 ke atas Sri Lanka di Colombo.

Pemain berusia 27 tahun itu yang dibawa masuk pada babak kedua permainan ternyata mengucar kacirkan barisan pertahanan Sri Lanka.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe bagaimanapun ketinggalan pada babak pertama menerusi tolakan mudah Asela Madushan di minit ke 29 selepas penjaga gol negara, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy gagal menampan kemas rembatan Kavindu Islam.

Tan Cheng Hoe melakukan pertukaran dibabak kedua perlawanan dengan memasukkan pemain pemain utama.

Percaturan itu ternyata membuahkan hasil apabila Norshahrul Idlan Talaha menolak mudah bola muntah hantaran silang Matthew Davies sekaligus menyamakan kedudukan untuk Malaysia di minit 65.

Pemain pertahanan, Adam Nor Azlin meletakkan Malaysia didepan 2-1 selepas menanduk masuk sepakan sudut Syazwan Andik Ishak di minit ke 65.

Sumareh tampak belum menampakkan keserasian diawalnya mula mempamer taringnya meskipun masih keletihan selepas beraksi dalam saingan Piala Malaysia untuk pasukan Pahang.

Pemain kelahiran Gambia ini meledak gol selepas rembatannya terkena pemain pertahanan lawan sebelum bola menerjah gawang di minit 85 untuk Malaysia selesa dengan 3-1.

Ketika permainan memasuki masa tambahan, Sumareh terus membuktikan beliau sememangnya mah beraksi untuk skuad kebangsaan apabila gandingan dengan Akhyar Rashid memastikan namanya dilakar selaku penjaring keempat.

Malaysia akan kembali menjalani latihan di Melaka sebelum berdepan Kyrgystan di Stadium Hang Jebat pada 16 Oktober. KU MOHD LUFTI 

 

 

- Advertisement -