SOJC2018: Malaysia berputih mata

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/10/sojc-2018malaysia-berputih-mata">
Twitter
Pinterest

Malaysia terpaksa berputih mata selepas sekadar seri 5-5 dengan New Zealand dalam aksi ketiga di Stadium Hoki Taman Daya, hari ini.

Malaysia seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila suatu ketika mendahului 5-4 tetapi New Zealand berjaya menyamakan kedudukan pada lewat babak perlawanan.

Jurulatih Malaysia, Nur Saiful Zaini berkata keputusan seri itu satu pengajaran berguna buat anak buahnya yang masih kekurangan pengalaman di pentas antarabangsa.

“Hari ini pemain bagi tekanan awal kepada pihak lawan dan kami berjaya menjaringkan gol awal. Namun, seperti yang kita tahu pemain dalam pasukan ini masih kurang pengalaman beraksi di pentas antarabangsa dan belum matang.

“Ada kelemahan terutama pertahanan ketika pukulan sudut penalti. Apa pun, ini adalah satu proses pembelajaran yang baik untuk pemain,” kata Nur Saiful.

Sementara itu, jurulatih New Zealand, Bryce Collins berkata dia bangga dengan semangat juang tinggi ditunjukkan barisan pemainnya apabila tidak mudah menyerah kalah biarpun sudah ketinggalan dan berjaya menyamakan kedudukan.

 

 

“Ia perlawanan yang mengujakan dan saya bangga dengan prestasi ditunjukkan pemain. Mereka bangkit dan berjaya menyamakan kedudukan,” katanya.

Keputusan seri itu hampir menutup peluang Malaysia bagi menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik selepas turut tewas dalam dua perlawanan awal di tangan India (1-2) dan Australia (1-6).

Malaysia berdepan tugas mencabar dalam dua baki perlawanan terakhir apabila bertemu Great Britain, esok dan Jepun pada Jumaat.

Terdahulu, Malaysia mendahului perlawanan dengan tiga gol dalam tempoh tiga minit menerusi gol padang yang dijaringkan Muhammad pada minit ketujuh, Shello Silverius (9) dan Adam Mamat (10).

New Zealand bangkit selepas itu dengan meledak gol pertama hasil jaringan Reuben Andrews minit ke-11 menerusi pukulan sudut penalti tetapi Malaysia menjarakkan kedudukan selepas Muhamad Abu Kamal menjaringkan gol ketiga pasukan berkenaan menerusi gol padang minit ke-12.

Skuad kiwis bagaimanapun masih belum menyerah kalah apabila meraih dua lagi gol menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Reuben minit ke-21 serta gol padang Sam Hiha minit ke-30.

Reubens sekali lagi mencetak nama selaku penjaring apabila menjaringkan gol penyamaan buat New Zealand menerusi pukulan sudut penalti minit ke-48.

Muhamad Mohd meletakkan Malaysia kembali di depan minit ke-57 menerusi gol pukulan sudut penalti tetapi Sam Hiha berjaya menyamakan kedudukan 5-5 hasil gol padang pada lewat babak perlawanan.

Please follow and like us:
0