ASC 2018 : Harimau Malaya ‘terlepas’ peluang, Rajamangala jadi penentu

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/12/asc-2018-harimau-malaya-terlepas-peluang-rajamangala-jadi-penentu">
Twitter
Pinterest

 

Hasrat Tan Cheng Hoe untuk mengekalkan gawang Malaysia daripada di bolosi menjadi kenyataan apabila perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2018 diantara Malaysia dan Thailand berakhir dengan terikat tanpa jaringan.

Namun, Cheng Hoe pastinya sedikit kecewa apabila tiga peluang terbaik Malaysia untuk menggegar kubu Gajah Perang disia siakan.

Tiada erti gentar diceritakan kesebelasan utama Malaysia apabila mempamer corak permainan yang cukup meyakinkan.

Harimau Malaya seharusnya mendahului seawal minit ke lima, namun rembatan Safawi Rasid dari dalam kotak penalti sekadar melewati palang.

Sumareh terus menjadi watak penting dan sekali lagi membuka ruang kepada Safawi di minit 19.

Penyerang JDT itu bagaimanapun dikecewakan penjaga gol lawan, Chatchai Bootprom.

Thailand ternyata menanti peluang terbaik untuk melepasi benteng pertahanan negara dan hampir mengejutkan Malaysia di minit 24.

Lorongan rakan sepasukan dikawal baik Nurul Sriyankem, rembatannya bagaimanapun terkena pemain pertahanan negara

Peluang terbaik untuk Malaysia memcah kebuntuan hadir diminit 26, gerakan kapten pasukan, Zaquan Adha Abd Razak menemui Sumareh yang hanya berdepan Bootprom.

Namun rembatannya tersasar meskipun Bootprom tampak sudah tertewas.

Tempo permainan Malaysia dengan permainan pantas dan serangan bertali arus dikekalkan pada separuh masa kedua.

Kali ini Thailand tampak lebih banyak bertahan untuk menyerap asakan Harimau Malaya.

Cheng Hoe tampak resah seketika apabila terpaksa mengeluarkan Mohamadou Sumareh dan Muhd Syazwan Andik yang dilihat mengalami kecederaan dan digantikan dengan Ahmad Hazwan Bakri dan Nazirul Naim Che Hashim

Peluang terbaik Malaysia hadir di minit 65 gerakan daripada Ahmad Hazwan Bakri dan Zaquan terus kepada Norshahrul Idlan Talaha, namun rembatannya melewati palang.

Tiada jaringan dilakar sehingga tamat perlawanan.

Aksi separuh akhir kedua, akan berlangsung di Bangkok pada 5 Disember.  KU MOHD LUFTI 

Please follow and like us:
0