foto – Malaysian Football League

 

 

Selepas dua perlawanan Liga Super 2019 berlangsung, Pahang mengetuai senarai 12 pasukan dalam carta liga berdasarkan kelebihan jaringan.

Pahang berkongsi 6 mata dengan Johor Darul Takzim dan Melaka United dimana ketiga tiga pasukan ini masih mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus setakat ini.

Kedah mengekori rapat selepas satu kemenangan dan satu keputusan seri yang dilakar ketika bertandang ke Ipoh, menentang Perak.

Kedudukan ini pastinya menggembirakan Dollah Salleh yang menyifatkan prestasi Pahang yang konsisten setakat ini

Malah, beliau tidak menolak kehadiran Dickson yang mengemudi jentera serangan menjadi salah satu faktor untuk Tok Gajah beraksi cemerlang..

“Pahang nampak lebih mantap berbanding tahun lepas yang mana kita bukan tidak mantap tetapi ada pemain utama mengalami kecederaan seperti Forkey Doe dan Patrick Cruz.

“Ia menyebabkan impak bahagian depan agak kurang sedikit…namun kehadiran Dickson Nwakaeme dan Jose Eduardo pada musim ini membolehkan Pahang tampil lebih kuat,” kata Dollah kepada media selepas tamat perlawanan.

Namun, Dollah menginagtkan pemain pemain untuk tidak alpa kerana ia bakal memberi kesan negatif sekaligus menjejaskan reputasi Pahang.

“Permainan kita longgar pada separuh masa kedua, terutamanya antara minit ke-65 hingga ke-70 sebelum kembali bangkit…bahagian tengah hilang tumpuan dan gagal melakukan hantaran kepada Dickson dan Eduardo.

“Pujian harus diberikan kepada penjaga gol kami, Remezey Che Ros kerana berjaya menjaga gawang dengan baik walaupun diturunkan bagi menggantikan Helmi Heliza yang cedera pada saat akhir,” katanya.

 

 

- Advertisement -