Presiden PAFA tepis dakwaan gaji tak dibayar

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/02/presiden-pafa-tepis-dakwaan-gaji-tak-dibayar">
Twitter
Pinterest

 

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menepis dakwaan bahawa persatuan itu tidak membayar gaji pemain pemainnya sejak beberapa bulan lalu.

Menyedari perkara itu hangat diperkatakan susulan keluhan oleh isteri seorang pemain Perak, Ahmad Faizal berkata jika ianya adalah berkaitan imbuhan yang telah dijanjikan pihak kerajaan negeri, ianya telahpun dibayar cuma ganjaran lot tanah sahaja belum lagi diselesaikan kerana ia sememangnya satu proses yang mengambil masa.

“Kerajaan negeri telah berjanji wang tunai RM10,000 dan satu lot tanah sebagai menghargai kejayaan bawa balik Piala Malaysia selepas 18 tahun.  Duit ganjaran itu kita dah bayar jadi tinggal isu tanah sahaja yang mana saya bagi jaminan ia akan selesai, antara cepat dengan lambat sahaja.

“Mengenai bayaran gaji oleh PAFA pula, setahu saya memang tiada isu gaji tak jalan. Benda jadi kecoh sebab isteri pemain itu minta duit dengan suaminya itu (pemain Perak) tetapi dia memaklumkan gaji belum dapat lagi. Sebenarnya dia tak nak bagi duit kepada isterinya, bukan kita tak bayar gaji,” kata Faizal.

Baru baru ini isteri seorang pemain Perak menyindir PAFA di media social kerana mereka terlalu bermurah hati memberi kemasukan percuma bagi menyaksikan perlawanan Liga Super antara Perak dan Kedah, tetapi gaji pemain-pemain pasukan The Bos Gaurus pula masih belum dibayar.

Bagaimanapun tiada maklumat diperoleh gaji bila yang dimaksudkan oleh isteri pemain itu sama ada tunggakan tahun lalu ataupun yang terbaru, atau adakah ia berkaitan pembayaran imbuhan bagi kejayaan menjulang Piala Malaysia malah semakan Sports247 mendapati akaun itu telah dinyahaktifkan.

Isu tunggakan gaji sememangnya perkara yang cukup hangat diperkatakan dalam kancah Liga Malaysia sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan Faizal mengakui cerita-cerita yang tidak betul seperti ini  hanya mengundang persepsi buruk kepada PAFA yang cuba untuk berbelanja secara berhemah untuk menghadapi musim baru.

“Kita sedaya upaya mengurangkan kos operasi pasukan, tiada banyak rombakan dibuat, hanya beberapa pemain baru dibawa masuk, malah import pun setakat ini pakai empat sahaja.  Dengan kedudukan kewangan dan tajaan yang kita dapat, kita memastikan segalanya berjalan lancar tanpa masalah. PAFA komited tidak mahu terjebak dalam penyakit tunggakan gaji yang sedang melanda bolasepak negara ketika ini,” tambah Faizal yang mengalas tanggungjawab sebagai Presiden menggantikan Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim sejak November lalu. MUHD AIMAN 

Please follow and like us:
0