Syahmi, Razman waspada ancaman pasukan berstatus amatur

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/02/syahmi-razman-waspada-ancaman-pasukan-berstatus-amatur">
Twitter
Pinterest

Saingan Piala FA 2019 akan membuka tirai dengan berlangsungnya perlawanan pusingan kelayakan pada Sabtu ini.

Aksi peringkat awal ini akan menyaksikan 38 pasukan berstatus amatur dari Liga M3 dan M4 berentap bagi memburu tempat di pusingan pertama dan kedua dan 10 pasukan yang meneruskan kemaraan akan menyertai 22 pasukan elit Liga Malaysia yang lain dari Liga Super dan Liga Premier.

Bagi bek kanan Selangor Syahmi Safari, dia teruja menantikan pasukan mana yang akan ditentang pasukannya yang juga naib juara musim lalu dan menjangkakan saingan Piala FA kali ini akan penuh dengan kejutan.

“Pada saya, ia menjanjikan saingan yang mencabar sebab banyak pasukan dari liga bawah bertanding kali ini. Piala FA kita tak boleh jangka, sebab ia pusingan kalah mati, jadi setiap perlawanan penting dan tiada lawan boleh dipandang mudah.

“Memang semua pasukan kena berhati-hati apabila bertemu pasukan M3 dan M4, semua akan bermain dengan penuh semangat dan mahu membuktikan sesuatu dan mereka berpotensi menjadi giant-killer dalam pertandingan ini, ” kata Syahmi yang menyaksikan pasukannya dikecewakan Pahang dalam aksi final tahun lalu.

Bagi pemain pertahanan berpengalaman Melaka Razman Roslan yang pernah menjulang kejuaraan bersama Pahang pada 2014 dan Selangor (2005, 2009), dia percaya usaha MFL menerusi sokongan penaja Shopee dalam menggalakkan penyertaan banyak kelab amatur adalah bagus.

“Bagi saya ini satu penambahbaikan kepada Piala FA itu sendiri, tak dinafikan selalunya Piala FA menjanjikan kejutan kepada pasukan-pasukan.

“Sekarang saya sudah menang tiga Piala FA bersama Selangor dan Pahang mungkin ada rezeki InsyaAllah boleh menang dengan Melaka pula,” katanya. MUHD AIMAN 

Please follow and like us:
0