NBA bakal anjurkan kem pemilihan ke Kejuaraan Global Asia Pasifik

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/05/nba-bakal-anjurkan-kem-pemilihan-ke-kejuaraan-global-asia-pasifik">
Twitter
Pinterest

68 Pemain dari 10 negara di Asia Pasifik akan terlibat dalam kem pemilihan di Indonesia bagi mewakili benua di Kejuaraan NBA Global Remaja di Orlando, Florida 

National Basketball Association (NBA) hari ini mengumumkan Kem Pemilihan bagi Kejuaraan NBA Remaja Global Asia Pasifik akan diadakan selama dua hari melibatkan 34 peserta lelaki serta perempuan dari rantau Asia Pasifik akan mengambil bahagian bagi mewakili benua ini ke Kejuaraan NBA Remaja, kejohanan berpasukan peringkat remaja bagi umur 13 tahun dan 14 tahun lelaki serta perempuan dari seluruh dunia dan dijadual bermula dari 6-11 Ogos bertempat di Kompleks Sukan ESPN Wide World di Walt Disney World, berdekatan di Orlando, Florida.

Kem pemilihan akan diadakan pada 15-16 Jun di Universitas Pelita Harapan (UHP) di Jakarta, Indonesia. Kem ini akan membariskan 68 peserta daripada 10 buah negara dari benua Asia Pasifik – antaranya Australia, Indonesia, Jepun, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam – dimana fokus terarah kepada aspek pembangunan kemahiran dan teknikal bagi menghadapi pertandingan lima lawan lima. Kemuncak kepada kem ini adalah pemilihan 10 pemain lelaki dan 10 pemain perempuan yang akan mewakili benua Asia Pasifik di Kejuaraan NBA Remaja Globac pada Ogos nanti.

Program NBA Remaja yang diadakan di Asia bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan remaja serta menangani gaya hidup yang tidakaktif dengan cara mengintegrasikan bola keranjang ke dalam kurikulum pendidikan jasmani. Sejak dilancarkan pada 2014, program NBA Jr telah disertai lebih 18 juta peserta lelaki dan perempuan dari Asia, yang menerapkan asas tentang bola keranjang dan teras utama program ini, semangat kesukanan, kerjasama, tingkah laku positif dan hormat atau (S.T.A.R).

Akademi Kejurulatihan Remaja NBA –   program yang mendapat sokongan kerajaan menerusi inisiatif ‘train-the-trainers’ untuk pembangunan di peringkat tempatan menerusi pendedahan dan kaedah bagaimana sukan ini boleh dilatih dan diraikan – telah melatih lebih 62 000 guru dari 37 000 buah sekolah di 50 buah bandar di sekitar Asia.

Kejuaraan Remaja Globa NBA akan menampilkan beberapa bahagian bagi saingan lelaki dan perempuan, dipisahkan kepada kumpulan Amerika Syarikat dan Antarabangsa bermula dengan saingan round-robin dan pertandingan penyingkiran (individu). Pemenang bagi kumpulan Amerika Syarikat dan Antarabangsa akan beraksi di saingan kejuaraan global pada 11Ogos.

Lebih daripada 300 peserta lelaki dan perempuan daripada 35 buah negara akan menyertai Kejuaraan Global Remaja NBA pada Ogos 2018. sepanjang tempoh berkenaan, kesemua 32 pasukan mengambil bahagian dalam acara sampingan seperti sesi kemahiran kehidupan, lawatan ke Taman Tema Disney, Projek perkhidmatan komuniti dan sesi pembelajaran bersama jurulatih, pemain dan bekas pemain NBA dan WNBA. Pasukan perempuan Central (Bandar Kansas, Mo) menewaskan pasukan Eropah 68-38 sementara pasukan lelaki Central (Overland Park, Kan) menang ke atas pasukan gabungan Afrika dan Timur Tengah 60-50 di kejuaraan global ketika itu.

Makluman lanjut berkenaan Kejuaraan Global Remaja NBA boleh didapati di www.jrnbagc.nba.com.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program Remaja NBA di Asia, anda boleh mengikuti @JrNBAAsia di laman sosial Facebook, @jrnbaasia di Instagram dan layari www.jrnba.asia untuk maklumat program dan perkembangan terkini termasuk latihan dan tips untuk kekal cergas.

Please follow and like us:
0