AFF U18 – ‘flying header’ Harith bawa Malaysia ke final

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/08/aff-u18-flying-header-harith-bawa-malaysia-ke-final">
Twitter
Pinterest

 

 

Skuad B18 tahun negara selangkah dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala AFF B18 selepas menundukkan Indonesia 4-3 dalam perlawanan masa tambahan selepas kedua dua pasukan terikat tiga sama.

Ibarat ulangan separuh akhir pada tahun lalu, Malaysia ternyata tidak diberi laluan mudah oleh Indonesia untuk menguji kubu pertahanan di mana kedua dua pasukan tampak bermain berhati hati sepanjang 15 minit pertama dalam percubaan membaca taktikal lawan.

Tuah memihak Malaysia apabila mendahului Indonesia 1-0 menerusi tolakan mudah Mohd Aiman Afif di minit ke 19.

Kealpaan pertahanan negara bijak dihidu Indonesia kendalian Fakhri Hussaini yang berjaya menyamakan kedudukan menerusi Beckham Putra Nughara  sebelum tamat separuh masa pertama.

Aksi separuh masa kedua cukup mendebarkan apabila empat gol terhasil sepanjang perlawanan, bermula dengan jaringan penyerang negara, Luqman Hakim yang melepaskan rembatan dari luar kotak penalti untuk meletakkan Malaysia kembali di depan 2-1 di minit 54.

Indonesia yang menamatkan saingan tahun lalu ditangga ketiga bangkit dengan permainan yang mantap apabila meledak dua gol pantas bermula dengan jaringan penyamaan Muhd Fajar Fathur di minit 80 sebelum Brylian Negeitha Dwiki meletakkan Indonesia didepan 3-2 tiga minit berselang.

Kesilapan pertahanan lawan mengundang padah sekaligus memberikan Malaysia penalti di minit 84 dan Harith Haiqal tenang menewaskan penjaga gol Indonesia Ernando Ari Sutaryadi untuk mengikat kedudukan tiga sama.

Tiada jaringan tambahan dilakar sehingga tamat masa penuh memaksa pemenang ditentukan menerusi perlawanan masa tambahan.

Harith Haiqal membuktikan kemampuannya untuk melakar nama selaku penjaring apabila sepakan sudut rakan sepasukan disudahkan dengan tandukan terbang didepan gawang Indonesia untuk kembali meletakkan Malaysia di depan 4-3 di minit 99.

Malaysia yang tampak kehabisan tenaga terus bertahan menyerap asakan pemain pemain Indonesia sehingga wisel penamat dibunyikan sekaligus memastikan slot final untuk kali ketujuh.

Untuk rekod, Malaysia menang ke atas Indonesia ketika saingan edisi lalu di peringkat separuh akhir menerusi penalti selepas kedua dua pasukan terikat satu sama.

Malaysia akan berdepan Australia yang menang 2-1 ke atas Myanmar dalam satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung di sebelah malam.

 

 

 

Please follow and like us:
0