Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) dan Persekutuan Bola  Keranjang Antarabangsa (FIBA) hari ini mengumumkan 64 pemain lelaki dan perempuan terbaik dari 18 buah negara akan mengambil bahagian di Kejohanan Bola Keranjang Tanpa Sempadan (BWB) edisi ke 11 yang dijadual bermula dari 14 – 17 Ogos depan di Tokyo, Jepun, menandakan kali kedua NBA dan FIBA mengadakan program melibatkan komuniti dan pembangunan secara global.

Kejohanan ini merupakan kali kedua diadakan di Jepun selepas 2012.

BWB Asia 2019 akan menampilkan pemain dan bekas pemain NBA antaranya juara tiga kali NBA, Sam Cassel, juara dua kali NBA, Kevon Looney (Golden State Warriors), Robin Lopez (Milwaukee Bucks) dan Yuta Tabuse yang merupakan bekas pemain Phoenix Sun kelahiran Jepun.

Bekas pemain WNBA, Ashley Battle, Allison Feaster dan Yolanda Moore juga antara yang akan mengambil di kem ini dan menjadi jurulatih sekolah tinggi dari serata Asia Pasifik.

Penolong Jurulatih NBA, Pat Delany (Orlando Magic), Bryan Gates (Minnesota Timberwolves), Antonio Lang (Cleveland Cavaliers) dan Wes Unseld Jr (Denver Nuggets) akan turut bersama sama sebagai jurulatih di BWB Asia 2019.

Presiden Persatuan Jurulatih Jurulatih Bola Keranjang Dunia, Patrick Hunt akan menjadi Pengarah Kem  sementara Jeff Tanaka (Chicago Bulls) akan menjadi jurulatih olahraga di kem ini.

Pemain pemain dan jurulatih jurulatih ini akan mengetuai kem dan mengendalikan pelbagai aktiviti samada di dalam atau diluar gelanggang, termasuk kemahiran pergerakan, pembangunan kemahiran tertentu, teknik balingan dan kemahiran ketika pertandingan, perlawanan lima lawan lima (5-on-5), serta seminar tentang kehidupan seharian yang menumpukan aspek kesihatan, kepimpinan dan komunikasi.

Seorang peserta lelaki dan perempuan akan dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) BWB Asia dipenghujung kem. Selain itu, bekas pengadil NBA, Joey Crawford akan mengetuai sesi pembangunan bersama sama pengadil FIBA tempatan.

Pengeluar jenama sukan terkemuka, NIKE yang merupakan rakan global BWB sejak 2002 akan menyediakan pakaian kepada semua yang terlibat. RAKUTEN, rakan eksklusif pengedar siaran langsung NBA di Jepun dan juga rakan kongsi bagi NBA Japan Games 2019 serta MGM Resorts International (MGM), rakan kongsi bersepadu rasmi resort di Jepun merupakan rakan rasmi acara BWB Asia 2019.

BWB Asia 2019 akan turut merangkumi NBA Cares and community yang akan mendekati golongan remaja di sekitar Tokyo. Usaha ini bagi mengetengahkan kemampuan sukan dalam mempromosikan dan memberi kefahaman tentang kebudayaan serta kepentingan tentang budaya hidup yang sihat serta nilai nilai yang ada di dalam sukan ini seperti kerjasama, integrity, dan hormat.

NBA dan FIBA telah mengadakan 60 kem BWB di 38 buah Bandar di 30 buah negara di enam benua, dengan lebih 3500 penyertaan dari 129 buah negara sejak 2001. 69 peserta yang pernah terlibat dengan kem ini terpilih didalam Draft NBA 2019 atau menerusi ejen bebas termasuk pemain Jepun Rui Hachimura yang menyertai kem BWB 2016 dan mewakili Washington Wizards dan melepasi rekod sebelumnyam iaitu enam set  ketika 2011 dan menyamai rekod pada 2016 dan 2018.

Musim lalu, sejumlah 27 bekas peserta BWB terlibat dalam saingan pembukaan (opening-night-roaster) musim 2018-19 termasuk Juara NBA 2019 Pascal Siakam (Toronto Raptors; Cameroon; BWB Africa 2012 ) dan Marc Gasol (Raptors; Sepanyol; BWB Europe 2003), serta NBA All-Star sebanyak dua kali Joel Embiid (Philadelphia 76ers; Cameroon; BWB Africa 2011).

Ikuti BWB menerusi hashtag #BWBAsia di Facebook, Twitter and Instagram.

Senarai lengkap pemain pemain yang menyertai kem BWB Asia edisi ke 11

(tertakluk kepada pindaan): 

Peserta Perempuan:

 

Nama Nama Keluarga Negara
Emily Sewell Australia
Ruby-Belle Macdonald Australia
Keeley Evans Australia
Georgia Woolley Australia
Isabelle Morgan Australia
Yuxin Zhang China
Jiayi Wang China
Zihan Zhou China
Chih-Ying Chen Taiwan
Harsimran Kaur India
Siya Deodhar India
Amerila Ryan Ayu Ardhany Indonesia
Jesslyn Artitonang Indonesia
Aika Hirashita Jepun
Maho Hayashi Jepun
Miyu Ogita Jepun
Jiyeong Moon Korea Utara
Jazzmyne Kailahi-Fulu New Zealand
Emilia Shearer New Zealand
Jayzelee Waihi New Zealand
Kristine Cayabyab Filipina
Florence Jil Talas Filipina
Sehyun Chung Korea Selatan
Nannapas Phangamornnaruenat Thailand

BOYS ROSTER: 

Nama Nama Keluarga Negara
Josh Hunt Australia
Daniel Rogers Australia
Lewis Rowe Australia
Patrick Ryan Australia
Kane Waters Australia
Mustafa Rashed Bahrain
Angjun Duan China
Haomiao Sun China
Liwen Zhang China
Jiayi Zhao China
Hao Hsiang Hsu Taiwan
Chi Iun Yin Taiwan
Amaan Sandhu India
Arvinder Singh India
Yonga Hendrick Xavi Indonesia
Sorena Alizadeh Goorandani Iran
Yu Kibayashi Jepun
Atsuya Ogawa Jepun
Kaine Roberts Jepun
Masahiro Waki Jepun
Yuto Yamanouchi Jepun
Simonov Valeriy Kazakhstan
Alexander Frederick Zanbaka Lebanon
Sharwin Siva Ragu Malaysia
Yong Ted Wilson Malaysia
Enkhiin-Od “Michael” Sharavjamts Mongolia
Clifton Bush III New Zealand
Dallas Clayton New Zealand
Harrison Payne New Zealand
Jackson Smyth New Zealand
Evyatar Tabor New Zealand
Harold Alarcon Filipina
Joachim Eddie Laure Filipina
Joshua Rafael Lazaro Philippines
Seokho Jo Korea Selatan
Doeun Kim Korea Selatan
Kyutae Lee Korea Selatan
Junseok Yeo Korea Selatan
Netsuriwong Nattkakit Thailand
Bao Thien Lieu Trieu Vietnam

 

- Advertisement -