Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) akan menampilkan kelainan kepada Anugerah Khas sempena Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2017 di mana terdapat dua penerima untuk kali ini.

Selepas menilai prestasi atlet-atlet negara, baik atlet kebangsaan mahu pun atlet profesional, sepanjang tahun lepas, SAM menobatkan pasukan boling elit wanita dan juga pemain golf profesional, Gavin Kyle Green sebagai penerima anugerah berkenaan kali ini.

Usaha dan semangat sepasukan yang tinggi telah membantu pasukan tenpin boling wanita Negara meraih semula pingat emas acara berpasukan pada Kejohanan Boling Dunia, selepas 10 tahun pada Disemberlepas.

Pada saingan berlangsung di Pusat Boling South Point, Las Vegas, Amerika Syarikat, pasukan negara yang terdiri daripada Shalin Zulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Natasha Roslan dan Esther Cheah, terlebih dahulu terpaksa berdepan tentangan sengit pasukan Colombia dalam saingan separuh akhir.

Secara keseluruhan untuk edisi kali ini, selain pingat emas acara berpasukan wanita, Shalin yang bergandingan dengan Li Jane meraih perak dalam acara beregu wanita manakala Siti Safiyah Amirah turut meraih perak dalam kategori keseluruhan wanita.

Kejayaan itu adalah ketiga buat pasukan boling wanita Negara dan juga buat Shalin secara peribadi, selepas kali pertama memenanginya pada 2003 dan 2007.

Pada 2003 di Kuala Lumpur, kejayaan diraih bersama Sarah Yap, Wendy Chai, Sharon Chai dan Choy Poh Lai, manakala kejayaan pada 2007 di Monterrey, Mexico, pula bersama-sama Esther Cheah, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Wendy Chai dan Sharon Koh.

“Bukan itu sahaja, malah aksi konsisten skuad tempin bowling wanita negara sepanjang tahun termasuk di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 turut diambil kira untuk kita memberi pengiktirafan kepada mereka,ā€ kata Naib Presiden SAM, Ismadi Abdul Manap yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola Anugerah SAM 100PLUS 2017.

Sementara itu, pemain golf professional berusia 24 tahun, Gavin Kyle Green, mencipta kejayaan tersendiri selepas melengkapkan musim 2017 sebagai Pemain Terbaik Jelajah Asia 2017.

Beliau muncul pemain Malaysia pertama memenangi gelaran Order of Merit Jelajah Asia, sejak Jelajah Asia ditubuhkan pada 2004.

Kejayaan itu sekaligus melonjak kedudukan beliau sebagai pemain nombor satu negara.

Sepanjang musim 2017, beliau meraih gelaran Jelajah Asia pertamanya di Taiwan Masters, selain tiga kali menduduki tempat kedua pada Terbuka India, Yeangder Heritage di Taiwan dan Terbuka Shinhan Donghae di Korea Selatan.

“Jarang-jarang kita dengar berita gembira untuk negara dari lapangan golf, tetapi apa yang dilakukan oleh Gavin sepanjang musim 2017 dalam Jelajah Asia sangatluar biasadan seharusnyadiberi pengiktirafan” tambah Ismadi lagi.

Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) akan sekali lagi memberikan pengiktirafan kepada seluruh warga sukan Negara menerusi penganjuran MajlisĀ Ā Anugerah SAM-100 PLUS 2017 yang akan berlangsung pada 1hb Mac 2018 di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Majlis Anugerah SAM-100PLUS yang gilang gemilang itu akan menjadi platform pengiktirafan terbaik setelah rentetan pencapaian hebat atlet-atlet Negara dan pemegang taruh lainnya dalam mewarnai kancah sukan Negara sepanjang tahun 2017.

Majlis anugerah berkenaan juga terus member pengiktirafan kepada warga kewartawanan sukan Negara menerusi tujuh kategori anugerah yang dipertandingkan.

Pemenang terbaik keseluruhan untukkategori kewartawanan sukan akan dinobatkan sebagai penerima ā€˜Anugerah Siebelā€™ dengan hadiah wang tunai RM7,000 dan trofi.

- Advertisement -