Pahang naik ke tangga kedua Liga Super selepas meraih tiga mata susulan pesta gol 4-0 ke atas Kuala Lumpur di laman sendiri malam tadi.

 Tok Gajah tidak menunggu lama untuk membuka tirai gol menerusi tandukan Mohd Muslim Ahmad yang menyambar bola sepakan percuma Nor Azam Abd Azih di minit ketujuh.

Tuan rumah semakin selesa apabila mendahului 2-0 di separuh masa pertama selepas Muhd Safwan Baharudin melakar nama selaku penjaring kedua di minit ke 41.

Kuala Lumpur terus kecewa dibabak kedua tatkala cuba merapatkan jurang gol apabila pemain import Pahang, Issey Nakajima memanfaatkan peluang didepan gawang hasil kesilapan penjaga gol pelawat Ahmad Solehin Mamat di minit ke 53.

Amamchi Augustine Iwuji melengkapkan kemenangan Pahang 4-0 menerusi jaringan di penghujung babak permainan.

Selepas beraksi 12 perlawanan mengumpul 21 mata,  ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT). KU MOHD LUFTI 

 

- Advertisement -