• Manchester United telah menghubungi wakil pemain sayap Chelsea, Willian untuk dibawa ke Old Trafford sebaik kontrak pemain berusia 31 tahun bersama The Blues tamat penghujung bulan ini.

 

 

  • Pengurus Everton, Carlo Ancelotti mendedahkan telah mengadakan perbincangan secara terbuka dengan pemain tengah Napoli berusia 29 tahun Allen dan turut berusaha untuk mendapatkan pertahanan Paris St Germain, Thiago Silva.

 

  • Meskipun hubungan diantara Gareth Bale dengan pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane dalam status ‘dingin’ pemain berusia 30 tahun itu dikatakan tetap gembira dan ‘bahagia’ kerana masih berada di Santiago Bernabeu.

 

 

 

  • ‘Perang’ diantara Chelsea dan RB Leipzig masih belum berkesudahan. Pengendali RB Leipzig, Julian Nagelsmann menyatakan Timo Werner yang akan berhijrah ke STamford Bridge masih berada di dalam perancangannya bagi mengharungi Liga Juara Juara musim depan

 

  • Peluang Chelsea untuk mendapatkan Kai Havertz dari Bayer Leverkusen semakin cerah selepas pemain berusia 21 tahun itu mahu meninggalkan kelab dan mahukan cabaran yang baru, malah kelab itu juga bersedia untuk melepaskannya. Selain Chelsea, Bayern Munich, Manchester United dan Manchester City juga sedang berusaha untuk mendapatkannya.

  • Manchester United mensasarkan pemain sayap Bayer Leverkusen, Leon Bailey sebagai pengganti dan bersedia untuk membayar £40 juta sebagai alternatif jika gagal mendapatkan Jadon Sancho dan Jack Grealish.

 

  • Juventus mahu membawa pemain tengah kelahiran Itali yang beraksi untuk Chelsea, Jorginho serta bek kiri, Marcos Alonso

 

 

 

- Advertisement -