GILIRAN Wilayah Persekutuan (WP) muncul sebagai pemenang emas terbanyak selepas tamat saingan hari kelapan SUKMA XX MSN 2022 hari ni, dengan membolot 8 emas dalam empat sukan  — bowling, kenu, bowling padang dan renang. 

Kejayaan emas hari ini sekaligus memperbaiki pencapaian  keseluruhan kedudukan pingat ditangga ke-3 dengan 17 emas, 18 perak dan 24 gangsa 

Kejayaan skuad kenu WP meraih tiga emas menerusi K2 500m Wanita, K4 500m Lelaki, dan K1 500m Individu Lelaki membantu memperbaiki kedudukan keseluruhan kontinjen selain Boling Padang (Men’s Pair dan Women’s Fours), dua emas dalam renang 400m Rampaian Perseorangan Lelaki dan Kuak Lentang 50m Wanita dan boling Padang (men’s doubles).

Johor pula tetap konsisten dengan meraih 7 emas – dua menerusi Kayak K2 500m Lelaki dan K4 500m Wanita, 3 emas lagi menerusi berbasikal trek (Muhamad Ridwan Sahrom dalam Pecut Lelaki, dan skuad Kejar Mengejar Berpasukan 4km Lelaki serta Kejar Mengejar Berpasukan wanita 4km). 

Skuad E-Sports Johor juga menyerlah apabila meraih emas dalam PC DotA 2 selain Renang menerusi Tan Rouxin dalam 100m Kuak Lentang Wanita. 

Terengganu turut tidak ketinggalan antara pemenang emas terbanyak dengan 7 emas menerusi kenu, E-Sports, Gimnastik Artistik dan Boling Padang

Muhammad  Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam menjadi wira, meraih hatrik Men’s Floor exercise and men’s pommel horse selain 2 emas dari E-sports.

Skuad kenu Terengganu pula nyata sukar digugat dengan emas dalam Kayak Single K1 500m Wanita (Syahida Ashiqin Rusli), manakala Nur Zamiezah melengkapkan tuaian emas Teregganu hari ini dengan emas dalam perseorangan wanita. 

Pulau Pinang, yang hanya meraih satu emas semalam, mengorak langkah menebus kekecewaan menerusi gimnastik artistik dengan meraih lima daripada enam emas yang dimenangi hari ini.

Ng Chun Chen muncul wira  Pulau Pinang dengan tiga emas dalam Men’s Floor Exercise, Men’s Parallel Bars dan Men’s Ring. Manakala Zarith Imaan Khalid pulang dengan dua emas dalam Latihan Lantai Wanita dan Women’s Uneven Bars.  Emas bowling pula terhasil menerusi acara trio Lelaki. 

Sarawak dan Perak pula masing-masing menamatkan kempen hari ini dengan empat emas manakala Selangor dan Negeri Sembilan turut memperbaiki kedudukan keseluruhan selepas tuaian tiga emas. 

Johor kekal di tangga teratas keseluruhan setakat ini dengan 35 emas, 25 perak dan 16 gangsa, diikuti Terengganu yang sudah agak jauh di belakang di kedudukan kedua dengan 19 emas.  

Manakala Wilayah Persekutuan naik satu tangga di tempat ketiga dengan 17 emas, diikuti Pulau Pinang yang naik dua tangga daripada tangga ke-6 semalam kepada ke-4 hari ini. 

Sabah pada kedudukan ke-5 dengan 14 emas diikuti Sarawak (11 emas), Selangor (10), Melaka (10), Negeri Sembilan (9), Perak (8), Pahang (8), Kedah (2), Kelantan (2) dan Perlis (2).  

Selangor dan Perak menambah koleksi emas dengan meraih 3 emas hari  ini, begitu juga dengan Sarawak dan Negeri Sembilan. 

Dalam bolasepak, saingan menentukan pasukan ke separuh akhir  hari ini menyaksikan Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang mengesahkan tempat di separuh akhir.  

Esok (Selasa, 20 September), saingan diteruskan dengan 39 emas menjadi rebutan dalam kenu, terjun, judo, boling padang, muaythai,. Menembak, skuasy, menembak, renang dan angkat berat. 

- Advertisement -