Hajat besar atlet olahraga negara, Rayzam Shah Wan Sofian untuk melangkah ke peringkat akhir saingan 110 meter lari berpagar lelaki di Sukan Asia Jakarta Palembang tidak kesampaian.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu sekadar menduduki tempat keempat saringan pertama dengan catatan masa 14.15 saat sekaligus menamatkan peringkat saringan di tempat ke-12 keseluruhan.

Catatan masa yang dilakukan atlet dari Sabah itu juga terlalu jauh dari rekod kebangsaan miliknya sendiri, 13.67s yang direkodkannya di Jerman pada tahun lalu.

“Saya bermula dengan agak baik tetapi selepas pagar keempat saya hilang tumpuan. Mungkin kerana pelari Jepun ada terlanggar pagar, ia bukan masalah saya cuma ia buatkan saya sedikit hilang tumpuan malah kelajuan saya juga terjejas tetapi saya sudah melakukan yang terbaik. Ia bukan rezeki saya,” ujar Rayzam Shah.

Saringan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno itu dimenangi oleh atlet China, Xie Wengjun dengan catatan masa 13.64s manakal pelari Jepun Kanai Taioh di tempat kedua. MUHD AIMAN 

 

- Advertisement -