Tim sepak bola Jepang selebrasi setelah mengalahkan tim sepak bola Malaysia pada Babak 16 besar Asian Games 2018 di Stadion Patriot Chandrabhaga, Bekasi, Jawa Barat, Jumat (24/8). ANTARA FOTO/INASGOC/Hery Sudewo/Sup/18

Hajat pasukan bolasepak bawah 23 tahun negara melakar kejutan dalam aksi pusingan kedua menentang Jepun tidak menjadi kenyataan selepas kecundang kepada jaringan ā€˜kejamā€™ menerusi sepakan penalti minit akhir oleh pemain gantian Ayase Ueda.

Jurulatih, Datoā€™ Ong Kim Swee bagaimanapun enggan menyalahkan pemain pertahanan Dominic Tan yang menghadiahkan sepakan penalti itu setelah menjatuhkan Daiki Sugioka sebaliknya berpendapat ia disebabkan kegagalan barisan depan menyudahkan beberapa peluang jaringan lebih awal sebelum itu.

Ā ā€œSebelum perlawanan lagi kita memang tahu Jepun pasukan yang kuat, mereka turun dengan skuad yang berbeza berbanding ketika tewas kepada Vietnam dan kita menghadapi perlawanan ini sebagai pasukan bukan pilihan.

ā€œTetapi kita berjaya mengimbangi mereka sehingga minit ke-86 atau 87. Mereka tidak berhenti mencuba mencari peluang dan berjaya mendapatkan penalti. Secara keseluruhan saya lihat kita boleh menyaingi mereka, yang membezakan adalah mereka dapat peluang dan sempurnakan, kita pula dihukum kerana tidak sempurnakan peluang.

ā€œKita cuba bangkit dan mencipta lagi peluang tetapi tidak bernasib baik untuk heret perlawanan ke masa tambahan,ā€ ujar Kim Swee selepas perlawanan.

Dalam perlawanan di Stadium Patriot Chandrabhaga itu, Jepun mendominasi sepenuhnya perlawanan walaupun mereka membariskan skuad muda berusia 21 tahun ke bawah tatkala Malaysia pula menunjukkan disiplin yang cukup baik di pertahanan dan cuba untuk memburu jaringan menerusi serangan balas.

Antara peluang jaringan yang gagal disempurnakan adalah menerusi dua percubaan Safawi Rasid yang terkena tiang dan palang gol, selain percubaan oleh Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid yang sedikit tersasar.

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia yang mengejutkan Korea Selatan dalam aksi peringkat kumpulan terus kempunan untuk menamatkan penantian 44 tahun untuk melangkah sehingga ke kelompok lapan terbaik. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -