Amirul Ariff Musa profile shot

Mohd Amirul Ariff Musa mengharapkan kehadiran peminat tempatan untuk memberikan sokongan khususnya kepada barisan pelumba kelahiran Johor termasuk dirinya pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor pada 1 dan 2 Mei ini.

Pelumba Givi Honda Yuzy Racing yang dinaikkan ke kelas CP130 menggalas tanggungjawab besar bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohd Zaqhwan Zaidi yang kini beraksi dalam saingan Moto2 Kejuaraan Grand Prix Dunia dan beraksi di halaman sendiri, pelumba itu mempunyai misi untuk menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya di kelompok lima pelumba terbaik.

Aksi Amirul pada musim pertamanya dalam kelas perdana CP130 setakat ini tidak begitu baik apabila sekadar menamatkan saingan Pusingan 1 di Temerloh di kedudukan ke-13 dan dan kedudukan ke-11 di Batu Kawan, meletakkannya di tangga ke-14 keseluruhan dengan lapan mata.

Dua pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Mohd Zamri Baba dan Elly Idzlianizar Ilia mendahului kedudukan dengan masing-masing mengumpul 40 mata dan 38 mata manakala Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) ketiga, 26 mata.

Namun Amirul berharap dengan pengalaman dalam dua perlumbaan lepas, dia mampu mempelajari sesuatu yang penting untuk mempamerkan peningkatan pada minggu ini.

“Perlumbaan di negeri sendiri pastinya sesuatu yang istimewa kepada saya dan memberi motivasi tambahan untuk mempamer aksi lebih baik. Meskipun ada kalanya ia menjadi satu tekanan apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri, namun saya mengharapkan ia akan membantu untuk mencatat keputusan positif,” jelas Amirul.

Tambahnya, “Saya meletakkan sasaran realistik dengan sekurang-kuangnya dapat berada di kelompok lima pelumba terbaik meskipun untuk berada di kedudukan 10 terbaik pun sudah begitu sukar. Banyak perbezaan diantara kelas CP130 dan CP115 sebelum ini jadi saya masih memerlukan sedikit masa untuk serasi dengan jentera yang lebih laju, begitu juga dari segi pengawalan jentera dan juga perkara-perkara lain.”

Selain Amirul, beberapa pelumba kelahiran Johor turut akan beraksi pada minggu ini seperti Haiekal Akmal Zakaria (Yamalube AHM) dalam kategori CP130 manakala Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor), Shah Khairil Hisham Mahmood dan Mohd Fareez Afeez Abdul Rahman (Felda PB Racing) dalam kateogri CP115.

Dalam kategori Wira, antara pelumba yang akan beraksi ialah pelumba kelahiran Muar sendiri, Muhammad Isa Josri (Team PETRONAS Yamaha) bersama-sama Saiful Azhary Muhamad (Kozi Yam Honda Racing), Muhammad Ibrahim Noordin (NSE Zaryz Racing Team) dan Mohamed Syafieq Aiman Mohd Fauzi (Weststar Motorsport).

Dua pelumba kelahiran Johor akan beraksi dalam kategori satu pengeluar Yamaha PETRONAS Super Series, Shafeez Abdullah dan Mohd Amirudin Abu Bakar manakala pelumba wanita dari Johor, Siti Norafizah Muhamad dijangka akan hadir memberikan aksi terbaik dalam misi mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan kategori PRO-AM.

 

AMIRUL CALLS FOR HUGE HOME SUPPORT

Amirul Ariff Musa is making an open request for Johor race fans to come and lend their support as he attempts to battle for a top five finish in this weekend’s PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship at Dataran Tanjung Emas Muar, Johor.

The Givi Honda Yuzy Racing rider who was promoted to the CP130 class this season has huge shoes to fill following the departure of reigning CP130 Champion and former teammate, Zaqhwan Zaidi to the Moto2 World Championship.

Since his move to the premiere category, Amirul has made encouraging progress although the first two legs did not reel in the success he had hoped for. He finished Round 1 at Temerloh 13th and Round 2 in Temerloh two positions higher, placing him 14th overall in the championship standings with 8 points.

Seasoned contender, Mohd Zamri Baba (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) leads with 40 points, two points ahead of Batu Kawan winner, Elly Idzlianizar Ilias and 12 points clear from Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor).

‚ÄúMy home race is very special to me and always gives me a little bit of extra motivation. Of course, racing at home is sure to bring about huge pressure but I‚Äôm hoping to draw from the positive and feed off the support and cheers from my local fans,‚ÄĚ said Amirul.

He added, ‚ÄúThe target this weekend is to try and break into top five because realistically, trying to finish within top ten has proven to be quite difficult. There is a lot of difference racing in the CP130 compared to the CP115 and I am taking the time to properly learn the ropes especially when it comes to handling the bike and maintaining engine performance. I am in no rush to prove a point.”

Other Johor riders who are hoping to make their home race count this weekend are CP130 rider, Haiekal Akmal Zakaria (Yamalube AHM) and Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor), Shah Khairil Hisham bin Mahmood (Felda PB Racing) and Mohd Fareez Afeez bin Abdul Rahman in the intermediate CP115.

Others include Muhammad Isa bin Josri (Team PETRONAS Yamaha), Saiful Azhary bin Muhamad (Kozi Yam Honda Racing), Muhammad Ibrahim Noordin (NSE Zaryz Racing Team) and Mohamed Syafieq Aiman Mohd Fauzi (Weststar Motorsport) in the age-capped WIRA category.

Two more Johor riders are set to compete in the one-make Yamaha PETRONAS Super Series, Shafeez Abdullah and Mohd Amirudin Abu Bakar while Siti Norafizah is set to take on the PRO-AM category.

- Advertisement -