Pemain muda berbakat, Andrew Yap, mempamerkan aksi cemerlang untuk mengungguli carta keseluruhan selepas tamat pusingan pertama Kejohanan Golf 100PLUS Persatuan Golf Malaysia (MGA) Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP) – Pusingan Pertama yang berlangsung di Kelab Golf Kinrara hari ini.

Andrew muncul pendahulu selepas mencatat enam birdie dan tiga bogey sepanjang hari untuk catatan 68 pukulan, tiga di bawah par (−3).

Prestasi mantap Andrew memberinya kelebihan empat pukulan berbanding pencabar terdekat menjelang pusingan berikutnya.

Di tempat kedua ialah Jarvis Liew Zun Xin, yang menamatkan saingan dengan 72 pukulan satu di atas par (+1).

Anis Dylan Sinno pula berada di kedudukan ketiga keseluruhan selepas mengumpul 74 pukulan tiga di atas par (+3), sekali gus terus berada dalam kelompok terbaik untuk memberi saingan.

Dalam kategori wanita, Amirah Nur Hanania Afanizam muncul pemain terbaik selepas menamatkan pusingan pertama dengan 75 pukulan empat di atas par (+4).

Dua birdie di sembilan lubang pertama dibayangi dengan empat bogey sedikit menjejaskan hari pertamanya untuk memburu kelompok teratas sekaligus akur menghuni tangga ke empat.

Turut berkongsi catatan, ialah Chloe Lee Xian Ying, sekali gus menjadikan persaingan dalam kategori wanita semakin menarik menjelang pusingan seterusnya.

Kejohanan yang dianjurkan di Kelab Golf Kinrara, Puchong, Selangor ini menghimpunkan 76 pemain-pemain muda terbaik lelaki dan perempuan negara menerusi Program Pembangunan Golf Remaja Kebangsaan (NJDP) dengan sokongan 100PLUS sebagai penaja utama.

Kejohanan ini menawarkan tiga pusingan dimana selepas Kelab Golf Kinrara, Pusingan Kedua dijadual berlangsung di Kelab Golf Permai Pura Sungai Petani, Kedah pada 10-13 Oktober disusuli Kelab Golf A Famosa, Melaka akan menjadi venue bagi Pusingan Ketiga bermula 7-10 September dan Pusingan Akhir berlangsung di Kelab Golf The Mines, Seri Kembangan, Selangor dari 27 hingga 30 Oktober.

Kejohanan Golf 100PLUS Persatuan Golf Malaysia (MGA) Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP) menjadi platform buat 30 pemain yang menunjukkan prestasi dan keputusan yang memberansangkan terpilih ke Kejohanan Terbuka Antarabangsa Remaja Malaysia (Malaysia Junior International Open) yang akan berlangsung pada November tahun ini.

TAMAT 

Keputusan Hari Pertama Pusingan Pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP

1Andrew Yap68(-3)
2Jarvis Liew Zun Xin72(+1)
3Anis Dylan Sinno74(+3)
4Amirah Nur Hanania Afanizam(75+4)
5Chloe Lee Xian Ying(75+4)

- Advertisement -