Misi sudah tercapai buat Tan Cheng Hoe dan barisan skuad Harimau Malaya yang mahukan mata maksima selepas megharungi dua perlawanan peringkat kumpulan A.

Hanya sedikit resah status pemain Pahang, Mohamadou Sumareh yang mengalami kecederaan ketika sesi latihan rasmi pada Ahad lalu.

Secara keseluruhan, samada Cheng Hoe berpuas hati atau kecewa, hanya barisan kejurulatihan yang mampu menjawab persoalan itu.

Malaysia menang, tetapi hakikat yang perlu diterima, Harimau Malaya ‘dijinakkan’ Thimsad khususnya diawal babak pertama perlawanan.

 

 

“Ketika separuh masa pertama, sebelum Laos dapat jaringan gol kita bermain dengan baik, tetapi hantaran masih lagi banyak kelemahan dan agak kelam kabut serta bermain dalam tekanan.

“Selepas separuh masa kedua, tiga pertukaran dilakukan, pemain pemain lebih yakin dengan corak permainan dan bermain secara normal.

Saya rasa pemain pemain cuba bermain sebaik mungkin sepanjang perlawanan, tetapi kerana cara permainan Laos, kami gagal menyerap tekanan,”kata Tan Cheng Hoe.

Kemasukkan Akhyar Rashid, Ahmad Hazwan Bakri dan Shahrel Fikri nyata mengubah corak permainan khususnya dibahagian serangan dan tuah nyata memihak Norshahrul Idlan Talaha yang berada di posisi terbaik untuk menjaringkan dua gol sekaligus mengesahkan tiga mata buat Malaysia.

Norshahrul atau Mat Yo bagaimanapun enggan menerima pujian apabila terus menjadi watak penting Harimau Malaya bersama sama Zaquan Adha yang membantu kemenangan Malaysia malam tadi.

“Saya juga mengharapkan rakan rakan yang lain. Tidak semestinya saya sahaja yang perlu menjaringkan gol.

“Saya mengharapkan rakan rakan yang lain dapat menjaringkan gol untuk memberi kemenangan kepada pasukan kita,”kata Norshahrul.

 

 

Sandaran yang diberikan kepada Mat Yo selaku salah seorang pemain senior yang berpengalaman dalam skuad pastinya memberi tekanan kepada pemain kelahiran Kelantan itu.

Namun dari satu aspek, Mat Yo tidak melihat situasi itu sebagai perkara negative, sebaliknya menterjemahkan tekanan ke dalam bentuk jaringan.

“Sudah tentu penyokong penyokong Malaysia mengharapkan kemenangan pada mala mini (semalam). Walaupun kita bergelut untuk mencari gol, tetapi rakan rakan yang lain membantu dari segi serangan bertubi tubi di saat akhir dan Alhamdulillah kita dapat gol kemenangan di saat saat akhir.

“Sebagai seorang penyerang, sudah tentu saya akan menerima tekanan samada daripada penyokong, pengurusan atau jurulatih. Tetapi saya menguruskan tekanan tekanan itu dengan sebaik mungkin.

Malaysia akan ke Hanoi esok bagi melakukan persiapan sebelum berdepan tugas sebenar, berdepan Vietnam pada 16 November depan. KU MOHD LUFTI 

 

 

- Advertisement -