Selepas lebih sedekad penganjuran Piala Suzuki AFF berlangsung, persaingan malah jurang diantara 10 pasukan yang mengambil bahagian tampak semakin sengit dan tidak menampakkan perbezaan yang terlalu jauh.

itu pandangan daripada Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak ASEAN, (AFF) Datuk Seri Azzuddin Ahmad yang melihat perkembangan yang positif dan konsisten melibatkan pasukan pasukan yang beraksi di kejohanan Piala AFF yang berlangsung selang dua tahun.

Piala AFF menjadi kejohanan tertinggi di rantau Asia Tenggara dalam mengukur kemajuan pasukan pasukan, selain menjadi platform asas sebelum memasuki kejohanan kejohanan yang lebih tinggi.

 

 

“Setiap kali penganjuran Piala Suzuki AFF, ia adalah tahun yang dinanti nantikan oleh persatuan persatuan bolasepak, malah keghairahan sepanjang kejohanan ini berlangsung dinanti nantikan oleh penyokong,”kata Azzuddin.

Malah, Azzuddin mengharapkan pentas Piala AFF yang berlangsung dua tahun sekali ini bukan hanya dijadikan sebagai kayu ukur untuk menjulang trofi sekaligus membuktikan mereka adalah pasukan terbaik di rantau Asia Tenggara semata mata.

 

 

“Aspirasi AFF sendiri dan saya secara peribadi, menerusi kejohanan ini, kita berharap salah satu pasukan kelak dapat beraksi di Piala Dunia satu hari nanti,”katanya lagi.

 

 

Piala Suzuki AFF dijadual bermula pada awal November melibatkan dua kumpulan sekaligus memburu trofi bagi kejohanan yang memasuki edis ke 12 tahun ini.

Thailand pastinya menjadi pasukan pilihan yang telah berjaya merangkul trofi AFF sebanyak lima kali sejak kejohanan ini mula diperkenalkan pada 1996.

 

- Advertisement -