Narsingh Yadav

Berita kurang menggembirakan buat kontinjen Moldova apabila pemenang pingat gangsa bagi acara Kanu Single pecut  1000 Meter, Serghei Tarnovschi digantung daripada melibatkan diri dengan Sukan Olimpik Rio.

Perkara tersebut disahkan Persekutuan Kanu Antarabangsa selepas mendapati atlet berusia 19 tahun itu gagal dalam ujian doping ketika menyertai perlawanan pra Olimpik.

Malah, Serghei berdepan kemungkinan kehilangan pingat gangsanya dan tidak akan beraksi bersama sama abangnya Oleg Tarnovschi bagi acara C2M 1000 meter hari ini.

Sementara itu, Agensi Anti Doping Dunia (WADA) turut mengesahkan penggantungan selama 4 tahun ke atas atlet gusti India Narsingh Yadav.

Jawatankuasa displin Anti doping India sebelum ini mendakwa Narsingh merupakan mangsa khianat dan disabotaj.

Narsingh mendakwa makanan tambahan dan air minuman telah disabotaj oleh atlet gusti pelapis India dan membuat laporan polis terhadapnya.

Laporan tersebut kemudiannya dibawa ke Pesuruhjaya Sukan India yang terletak di Sonepat.

Atlet berusia 27 tahunitu dibenarkan untuk bertanding di sukan Olimpik Rio dimana beliau akan beraksi hari ini dalam acara Freestyle 74 kilogram di peringkat kelayakan.

Mahkamah Timbangtara Sukan bagaimanapun mencabar keputusan tersebut, malah mempertikaikan alasan beliau yang menjadi mangsa kerana tiada bukti kukuh disertakan.

- Advertisement -