
Berikut senarai nama 26 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih interim kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Rabu, 15 Julai 2026 bagi menghadapi Piala Hyundai ASEAN 2026 dari 24 Julai hingga 26 Ogos 2026.
Untuk makluman, barisan pemain ini dipilih selepas penilaian dan penelitian panjang dibuat oleh Tan Cheng Hoe sebelum beliau akhirnya dapat memuktamadkan senarai penuh pemain untuk dihantar ke Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada tarikh akhir pendaftaran, semalam (Jumaat, 10 Julai 2026) dan seterusnya mengumumkannya, hari ini.
Beliau menghadapi satu situasi sukar dalam menyediakan pasukan bagi menghadapi Piala Hyundai ASEAN 2026 ini kerana seperti yang semua sedia maklum, kejohanan ini berlangsung di luar Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA dan juga ketika kelab-kelab yang beraksi dalam saingan Liga Super 2026-2027 baru saja memulakan latihan pramusim masing-masing.
Bagaimanapun, barisan 26 pemain yang dipanggil Tan Cheng Hoe ini tetap akan melakukan persiapan bermula pada Rabu, 15 Julai 2026 dengan tempoh masa lapan hari latihan akan dimanfaatkan sepenuhnya sebelum mereka berlepas ke Yangon, Myanmar pada Khamis, 23 Julai 2026 bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan B menentang Myanmar di Stadium Thuwunna pada Sabtu, 25 Julai 2026.
Kemudian skuad Harimau Malaya akan terbang pulang ke tanah air bagi perlawanan kedua menentang Laos di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Selasa, 28 Julai 2026.
Seterusnya skuad Harimau Malaya akan ke Bangkok, Thailand pula bagi menghadapi perlawanan ketiga menentang Thailand di Stadium Rajamangala pada Sabtu, 1 Ogos 2026.
Tidak beraksi pada hari perlawanan keempat pada Selasa, 4 Ogos 2026, skuad Harimau Malaya bakal melengkapkan aksi Kumpulan B menentang Filipina di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu, 8 Ogos 2026.
Dua pasukan teratas Kumpulan A dan B akan mara ke saingan separuh akhir yang berlangsung secara timbal balik pada 15/16 Ogos dan 18/19 Ogos 2026, disusuli aksi final juga secara timbal balik pada Sabtu, 22 Ogos 2026 dan Rabu, 26 Ogos 2026.
| BIL | NAMA | UMUR | KELAB |
| 1. | MOHAMADOU SUMAREH | 32 | JOHOR DARUL TA’ZIM |
| 2. | IBRAHIM MANUSI | 25 | JOHOR DARUL TA’ZIM |
| 3. | DARYL SHAM GEORGE | 24 | JOHOR DARUL TA’ZIM II |
| 4. | PAVITHRAN GUNALAN | 21 | JOHOR DARUL TA’ZIM II |
| 5. | ZIAD EL BASHEER NORISHAM | 23 | JOHOR DARUL TA’ZIM II |
| 6. | ALIF AHMAD | 23 | JOHOR DARUL TA’ZIM II |
| 7. | FARIS DANISH ASRUL | 20 | JOHOR DARUL TA’ZIM II |
| 8. | HAZIQ AIMAN ESA | 21 | JOHOR DARUL TA’ZIM II |
| 9. | PAULO JOSUE | 37 | KUALA LUMPUR CITY FC |
| 10. | ZHAFRI YAHYA | 32 | KUALA LUMPUR CITY FC |
| 11. | FAZRUL AMIR ZAMAN | 26 | KUALA LUMPUR CITY FC |
| 12. | JIMMY RAYMOND | 30 | KUCHING CITY FC |
| 13. | RODNEY CELVIN AKWENSIVIE | 30 | KUCHING CITY FC |
| 14. | RAHADIAZLI RAHALIM | 25 | TERENGGANU FC |
| 15. | UBAIDULLAH SHAMSUL FAZILI | 23 | TERENGGANU FC |
| 16. | AZRI GHANI | 27 | NEGERI SEMBILAN FC |
| 17. | RUVENTHIRAN VENGADESAN | 25 | MELAKA FC |
| 18. | ALIFF HAIQAL LOKMAN HAKIM LAU | 26 | PENANG FC |
| 19. | DOMINIC TAN | 29 | SABAH FC |
| 20. | ENDRICK DOS SANTOS | 31 | <TBA> |
| 21. | ENGKU SHAKIR ENGKU YACOB | 28 | <TBA> |
| 22. | SYAFIQ AHMAD | 31 | <TBA> |
| 23. | SERGIO AGUERO | 32 | <TBA> |
| 24. | HADI FAYYADH ABDUL RAZAK | 26 | VENCEDOR MIE UNITED |
| 25. | RICHARD CHIN | 24 | ROSS COUNTY FC |
| 26. | WAN KUZAIN WAN AHMAD KAMAL | 28 | SPORTING JAX |




























