Tatkala tinggal beberapa jam sebelum perlawanan penting Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan Vietnam awal pagi esok waktu Malaysia berlangsung, Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya , Tan Cheng Hoe mendapat perkhabaran duka apabila ayahnya meninggal dunia hari ini. 

Menurut maklumat yang dikongsi Jawatankuasa Media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendiang Tan Chooi Siak, 95 tahun meninggal dunia kerana sakit tua dikediaman mereka di Taman Pelangi, Alor Setar, Kedah.

FAM menerusi kenyataan media mengucapkan takziah kepada ketua jurulatih kebangsaan itu.

Seluruh warga sukan di Malaysia megucapkan takziah kepada Tan Cheng Hoe. Semoga terus tabah dan cekal diatas dugaan ini.

 

- Advertisement -