Chelsea mahu mendapatkan pertahanan kanan yang juga rakan senegara Hakim Ziyech, Achraf Hakimi namun perlu ‘berdepan’ dengan gergasi Ligue 1, Paris St Germain yang turut berminat mendapatkan pemain berusia 22 tahun itu.

 

The Blues bersedia untuk melepaskan pemain sayap, Callum Hudson Odoi  dan pemain muda, Tino Livramento yang sedang diintai Aston Villa ketika ini.

 

 

 

 

PSG juga dalam pada itu sedang memantau ‘sasaran’ seterusnya, Ousmane Dembele dimana kontraknya bersama Barcelona hanya berbaki setahun. Pemain berusia 24 tahun itu seringkali berada dalam senarai pemain yang akan dilepaskan The Catalan bagi menampung kewangan kelab.

 

Barcelona sedang berusaha untuk mendapatkan pemain sayap England, Raheem Sterling yang dilabel sebagai pengganti terbaik Dembele jika pemain itu berhasrat untuk meninggalkan Nou Camp.

 

Hasrat Manchester United untuk mendapatkan pemain sayap Borussia Dortmund, Jadon Sancho tidak kesampaian apabila tawaran £67 juta ditolak. Dortmund mahukan £77.5 juta kepada mana mana kelab yang mahu memberli pemain berusia 21 tahun itu.

 

 

Keadaan itu memaksa The Red Devils untuk menumpukan pemain alternatif antaranya, Hudson Odoi, Dembele atau mendapatkan semula kapten Portugal, Cristiano Ronaldo untuk kembali ke Old Trafford.

 

Bekas Pengurus Liverpool Rafael Benitez dilaporkan menjadi ‘pilihan’ utama untuk mengisi kerusi utama sebagai Pengurus Everton.

 

 

Pemilik bersama kelab MLS, Inter Miami, Jorge Mas mengesahkan beliau dan seorang lagi pemilik bersama, David Beckham telah menghubungi Lionel Messi untuk menyertai kelab itu untuk tempoh dua musim.

Messi juga berada dalam perancangan jangka panjang bersama Barcelona dimana pemain berusia 33 tahun itu akan dijadikan duta antarabangsa kelab itu.

 

Penyerang PSG, Neymar tampak bersetuju untuk memperbaharui kontraknya sekaligus terus kekal bersama kelab itu selepas mendapat jaminan pengurusan tidak akan menjual Kylian Mbappe.

 

 

 

- Advertisement -