Tuan rumah dan pilihan kedua Malaysia membuka saingan badminton berpasukan lelaki menentang Laos dan sekiranya tiada kejutan, dijangka mara ke separuh akhir menantang samada Singapura atau Myanmar sekiranya berjaya melepasi cabaran saingan awal.

Undian meletakkan pilihan utama Indonesia bersama dengan Thailand yang mana kedua-duanya dijangka bertemu di peringkat separuh akhir.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Ng Chin Chai percaya Malaysia mampu pergi jauh berdasarkan undian.

“Ia permulaan baik kerana undian pasukan wanita dan lelaki tampak memihak kepada Malaysia. Thailand mempunyai tiga pemain perseorangan yang kuat manakala bergu mereka juga hampir sama dengan Malaysia berbanding Indonesia.

Atas kertas, lebih mudah bermain menentang Singapura kerana kesemua pemain pemain lelaki Thailand tidak menyertai Kejohanan Dunia…mereka hadir dengan pasukan yang terkuat,” kata beliau.

Berpasukan Lelaki
Indonesia (#1)
Kemboja

Thailand (#3)
Vietnam

Myanmar
Singapura (#4)

Laos
Malaysia (#2)

Berpasukan Wanita
Thailand (#1)
Bye

Singapura
Vietnam

Myanmar
Malaysia

Laos
Indonesia (#2)

Tarikh Pertandingan: 22-29 Ogos 2017
Venue: Axiata Arena, KL Sports City Bukit Jalil

- Advertisement -